Di
akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum
lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1 ) ayahnya
Apabila
seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji
& sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup
aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia
akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Apabila
si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan
muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak
bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke
neraka.
Apabila
ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke
neraka kelak.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam
sumber dari: ruzaidaud.blogspot.com
No comments:
Post a Comment