" 
Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka." 
(At-Tahrim : 
6) 
" Yang 
(membakar) sampai ke hati." 
(Al-Humazah : 7) 
Al-Quran 
dengan tegas menyatakan dalam ayat 120 surah Al-Baqarah : 
“ Dan 
orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan Mu 
(Muhammad) 
sehingga engkau 
mengikuti agama mereka “.  
Manakala dalam ayat 82 surah Al-Maaidah pula Allah 
menjelaskan :           
“ Kamu pasti 
akan dapati orang yang paling kuat permusuhannya terhadap orang orang yang 
beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik “
Setelah 
pergaduhan atau pertembungan diantara kejumudan system katolik kristian 
mengongkong rakyat di eropah, ramai golongan yang intelektual telahpun 
mengistiharkan perang terhadap system itu. Maka dengan kejayaan mereka, maka 
terlahirlah mazhab baru kristian yang mengasingkan agama dengan kehidupan 
manusia dengan diberi gelarah mazhab kristian protestan. Dengan teori inilah 
maka orang eropah telahpun mendapat satu modul yang boleh membantutkan mana-mana 
agama dengan menggunakan serangan yang tidak memerlukan peluru, jet atau bahan 
senjata. Yang perlu digunakan adalah serangan spikologi berbentuk serangan 
pemikiran atau di dalam bahasa arabnya Ghazwul Fikri. 
Setelah sekian 
lama kegemilangan umat Islam di dalam mengetuai system politik dunia, musuh 
Islam merancang untuk menjatuhkan kerana dengki dengan kejayaan umat Islam maka 
orang kafir terutama orang Kristian, yahudi mula merancang untuk menjatuhkan 
khilafah Uthmaniah daripada dimiliki oleh Umat Islam. Hal ini kerana Khilafah 
Uthmaniah adalah kuasa besar dunia seperti kuasa besar amarika pada masa kini. 
Usaha ghazwul fikri kepada Umat Islam adalah usaha yang sistematik dan dirancang 
secara kemas sebagai jalan lain dan utama bagi menghancurkan Islam. Ghazwatul 
Fikri adalah pengganti kepada serangan fizikal yang sentiasa mengalahkan pihak 
Musuh dan menakutkan mereka sedangkan ummah Islam sentiasa bersedia menghadapi 
cabaran-cabaran fizikal tersebut seperti semasa perang Salib.
Serangan 
fizikal yang dilakukan kepada ummah Islam akan menjadikan ummah Islam kuat dan 
akhirnya menang. Perkara ini telah banyak dibuktikan di dalam sejarah sama ada 
semenjak Nabi Muhammad SAW atau sejarah Ummah Islam secara umumnya. Dengan 
tekanan fizikal, Umat Islam menjadi berani kerana Allah SWT dan RasulNya banyak 
berjanji kepada mereka yang berjihad dimana mereka akan mendapat ganjaran yang 
sangat banyak. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi, sedangkan pihak musuh 
berperang untuk mencari hidup dan takutkan mati. Keadaan puak musuh itu telah 
menjadikan mereka kalah sebelum berperang.
Orang Kafir 
berjaya mengalahkan umat Islam dengan menyerang pemikiran mereka, sehingga umat 
Islam merubah cara berfikir. Umat Islam yang sudah terkena suntikan pemikiran 
barat atau pemikiran Jahiliyah yang disuntik ke dalam otak umat Islam secara 
bertahap, pasti akan merubah tingkah lakunya seperti personaliti, gaya hidup, 
cara berpakaian, pergaulan dan sebagainya. Dengan keadaan ini, maka umat Islam 
hanya tinggal status sahaja. Muslim tetapi tidak mengamalkan Islam bahkan 
menyerang Islam pula dengan pemikirannya yang jahil sebagai mangsa dari 
ghazwatul fikri ini.
Kejatuhan 
Khilafah Islamiyah sebagai contoh besar kehancuran kerajaan Islam dan juga 
sebagai kehilangan umat Islam untuk memberikan walanya. Kejatuhan Khilafah 
Uthmaniah dilaksanakan oleh pihak Kristian, yahudi mengikut beberapa 
peringkat.
sumber dari: haqqani-ikhwan.blogspot.com

No comments:
Post a Comment