Sunday, 2 December 2012

anda diberi pilihan






Allah Taala tidak pernah memuji sifat Nabi s.a.w melainkan kerana akhlak atau budi pekerti baginda yang sangat baik seperti firman Allah Taala :

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang luhur”.
Surah al-Qalam (68): 4

Dalam al-Quran Allah Taala telah berfirman bahawa manusia telahpun diberi persediaan untuk mengenal akhlak yang baik dan akhlak yang jahat sesuatu perkara sejak awal kejadian :

“Dan demi diri nafsani manusia dan apa yang telah disempurnakan kejadiannya, lalu dia (Allah) mengilhamkan kejahatannya dan kebaikannya (takwa)”.
Surah al-Syams (91): 7-8

Allah Taala juga tidak menafikan bahawa tabiat diri nafsani manusia kadangkala boleh terdorong pada kejahatan atau akhlak yang buruk :

“Sesungguhnya diri nafsani juga mempunyai penuh daya keupayaan untuk menyuruh pada yang jahat”.
Surah al-Balad (90): 10

Walaupun mempunyai nafsu nafsani yang mampu membawa manusia kepada kejahatan, Allah Taala telah membekalkan manusia dengan kemampuan dalam diri manusia itu sendiri untuk memandu kepada kebaikan seperti frimanNya :

“Bagi mereka punya hati tetapi tidak digunakan untuk memahami dan bagi mereka punya mata tetapi tidak digunakan untuk melihat, dan bagi mereka punya telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar. Mereka itu adalah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat”.
Surah al-A’raf (7): 179

Allah Taala juga berfirman agar manusia membersihkan diri nafsani dari kejahatan dan dosa seperti firmanNya:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan diri nafsani dan sesungguhnya kecewalah orang yang memijaknya (merendahkannya)”.
Surah al-Syams (91): 9-10



sumber dari: upsi.edu.my

No comments:

Post a Comment