Sunday 2 December 2012

hak dan kebesan wanita






Islam telah menyatakan bahawa lelaki dan wanita sama-sama berkongsi kewajipan sebagai hamba Allah yang tulus serta beriman, dan mereka akan diberi ganjaran setimpal dengan amalan masing-masing. Dalam Islam, seorang wanita memiliki kedudukan yang mulia dan terhormat. Islam telah meletakkan garis panduan dan peraturan tentang wanita, tidak kira dia seorang ibu, anak, kakak atau isteri. Lelaki mempunyai tanggungjawab tertentu terhadap wanita, begitu juga sebaliknya, wanita terhadap lelaki.

Islam memberikan kebebasan kepada wanita dalam bidang pendidikan, perkahwinan, pekerjaan, politik dan kemasyarakatan. Panduan umum al-Qur’an dan al-Sunnah terhadap kedudukan wanita adalah sama dengan lelaki dari segi kemanusiaannya, iaitu kedua-duanya mempunyai sama hak dan sama kewajipan dalam melaksanakan tugas-tugas agama seperti firman Allah Taala:

“Wahai manusia, bertakwalah kamu kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari satu jiwa”
Surah al-Nisa’ 4:1

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa semua manusia dijadikan daripada asal yang sama, iaitu daripada Adam a.s. dan mereka hendaklah bertakwa kepada Allah, tidak kira sama ada lelaki ataupun wanita.

Islam mempunyai beberapa prinsip tertentu yang menjadi dasar pandangannya terhadap kebebasan:
  • kebebasan perlu disepadukan dengan keadilan dan persamaan hak serta kewajipan
  • kebebasan perlu disertai oleh kelembutan, bertolak ansur, persaudaraan dan kasih sayang, tetapi dengan tegas, kawalan dan kekuatan undang-undang
  • kebebasan perlu dinilai dengan kepercayaan kepada penghormatan harga diri manusia
  • kebebasan perlu menyatupadukan kemaslahatan dan hak individu dan kemaslahatan masyarakat
  • kebebasan menurut Islam adalah amat meluas tetapi tidak menceroboh kebebasan orang lain
  • kebebasan mesti berlaku dan diukur hanya dalam kerangka dan nilai agama, akhlak, tanggungjawab, kebenaran akal dan logik, serta nilai keindahan



sumber dari: upsi.edu.my

No comments:

Post a Comment