"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)". (Al-Jumu'ah 62:8)
Semua perkara yang kita lihat di sekeliling 
kita, kawan-kawan kita, saudara-mara, dan semua benda hidup di dunia ini akan 
pasti suatu hari nanti mati, sebagaimana berjuta-juta manusia yang hidup sebelum 
kita. Fakta ini dinyatakan di dalam ayat al-Qur'an yang 
berbunyi,
"Tiap-tiap 
diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan 
sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan".(Al-Anbiyaa' 21:35)
Ingatlah, 
kecantikan, glamor, status, harta benda atau usia muda tidak dapat menghalang 
kematian seseorang. Walaupun ramai manusia sedar akan realiti ini, mereka cuba 
mengelak daripada memikirkan hal kematian dan cuba melupakan perkara ini. 
Tetapi, hanyalah penipuan terhadap diri sendiri. Oleh sebab itulah, Rasulullaah 
(sollalahualaihiwassalam) juga mengingatkan orang-orang beriman supaya “selalu 
ingatkan mati” (Tirmidhi). Samada kita memikirkan perkara yang tidak dapat 
dielakkan ini atau tidak, maut pastinya datang kepada kita:
"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah 
"Sakaratulmaut" membawa kebenaran (yang telah dijanjikan, serta dikatakan kepada 
yang mengingkarinya sebelum itu): "Inilah perkara yang engkau selalu mengelak 
diri daripadanya!"(Qaaf 50:19) 
Baris-baris ini mesti mengingatkan kita betapa dekatnya kematian itu. 
Namun, cuba fikirkan perkara ini dengan lebih mendalam; siapa tahu, mungkin maut 
datang menemui kita sebelum kita sempat untuk menghabiskan bacaan ini. Oleh itu, ingatlah, kematian 
adalah sangat dekat dengan kita sebagaimana ia dekat dengan semua orang. 
Bertentangan 
dengan persepi umum, maut bukanlah peringkat terakhir kepada turutan peristiwa. 
Apabila tibanya masa, Allah akan menghantar malaikat kepada mereka yang telah 
ditakdirkan mati pada masa berkenaan dan mengambil roh orang itu secara 
tiba-tiba, pada masa yang tidak dijangka. Ia mungkin terjadi tepat pada saat 
ini, sebelum kita sempat bangun daripada kerusi kita, malaikat maut akan muncul 
di hadapan kita secara tiba-tiba. Kita mungkin dikelilingi oleh kawan-kawan atau 
ahli keluarga, tetapi mereka tidak dapat merubah kemungkinan ini; mereka tidak 
boleh dengan apa cara sekali pun menghalang kita daripada maut. Oleh itu, jangan 
sesekali lupa, setiap roh akan diambil oleh Malaikat Maut yang diutuskan oleh 
Allah untuk melakukan tugas itu dan akan kembali kepada Allah.
Namun, 
idea yang kita akan mati bila-bila masa sahaja mungkin sukar untuk difahami. 
Memikirkan perkara-perkara yang masih perlu dicapai membuatkan kita terasa 
terlalu awal untuk kita meninggal dunia. Kenyataan sebenarnya ialah, hanya Allah 
yang menentukan masa kematian. Tidak seminit bertambah atau berkurang seseorang 
itu boleh hidup selain daripada masa yang telah ditetapkan kepadanya. Maut 
menemui roh seseorang pada masa terbaik yang telah ditentukan dalam 
takdirnya:
"Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan 
melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai 
ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu 
kerjakan". (Al-Munaafiquun 63:11)
sumber dari: are8686.blogspot.com

No comments:
Post a Comment