Saturday, 24 November 2012

redha padaNYA......Ya Allah








Penat jerih mu, membesarkan kami dengan penuh harapan & kasih sayang…
Agar kami berjaya di dunia dan di akhirat..
Pengorbanan mu tidak mampu kami membalasnya..
Kasih sayang mu, tidak dapat kami tandingi nya..
Maaf kan daku, kerana sering melukai mu..
Maaf kan daku, kerana lalai dalam tugasan ku..
Sesungguhnya, wahaidiri tau kejayaan anak-anak mu ini adalah pengubat hati mu..
Dengan izin Allah dan usaha yang bersungguh2 akan ku terapkan…
Semoga memperolehi kejayaan,
Semoga pahala setiap usaha kebaikan terima disisi mu jua..


Wahai Allah.. Yang Maha Pengasih lagi Penyayang..
Redha Mu, Matlamat ku.. Walaupun ia sesuatu pekara yang susah diperlihatkan, namun Iman yang mantap tetap akan mendambakan.. Ingat lah wahaidiri, biarlah manusia tidak menghargai kamu, biarlah pujian dan cercaan berlalu.. Sesungguhnya, kasih Allah Maha Agung.. Wahaidiri, Jangan culas..

Ayuh usaha tanpa penat jemu.. 
Redha Allah, Redha Mak Abah.. 
Insya Allah ketemu.. 
Salam Maal Hijrah Wahaidiri.

“Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapa ku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan Sesungguhnya aku Termasuk orang-orang yang berserah diri” Al-Ahqaf:15



sumber dari: wahaidiriku.wordpress.com

No comments:

Post a Comment