Ramai di kalangan pemuda kini yang lebih bersikap tidak mahu berjanggut. Sekiranya hormon janggut kurang, ia adalah masalah lain. Yang menyedihkan adalah orang yang mempunyai hormon, tetapi tidak mahu berjanggut.
Adapula yang berjanggut, tetapi mengikut trand barat. Sedangkan ini bukanlah peribadi Muslim.
Saya tidak pasti. Tetapi setahu saya, orang arab menyamakan antara jambang dan janggut. Oleh itu, saya membawakan beberapa hujah untuk kita lebih bersemangat menjalankan sunah Nabi s.a.w. ini.
Sebagai Mentaati Allah dan
Rasul-Nya
Allah s.w.t. berfirman:
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن
تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Hendaklah mereka Yang mengingkari perintahNya, beringat serta berjaga-jaga
jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.
[Annur:63]
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ
فَانتَهُوا
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka
patuhilah laranganNya.
[Al-Hasyr:7]
Nipiskanlah misai dan biarkanlah janggut.
[Sahih Muslim]
Ianya adalah norma Rasulullah
s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
sebaik-baik bimbingan adalah bimbingan Muhammad
[Sahih Muslim]
Telah sabit dari sifat tubuh badan Rasulullah bahawa baginda mempunyai janggut yang baik sekali. Ianya dipersetujui oleh keseluruhan sahabat.
Allah berfirman:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
Yang baik,
[Al-Ahzab:21]
Fitrah Semulajadi
Manusia
Rasulullah bersabda:
sepuluh perkara fitrah: memendekkan misai, membiar panjang janggut, siwak, menyedut air ketika wudhuk, memotong kuku, membasuh al-barajim (rujuk gambar dibawah), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan beristinjak.
[Sahih Muslim]
sumber dari: aljazary.blogspot.com
No comments:
Post a Comment