Saturday, 24 November 2012

“Anti-virus must always be updated..”




“Anti-virus must always be updated..”
pesan ustaz dalam Motivasi Pagi IKIM..




Anti-virus..?! Ya, betul tu.. anti-virus untuk scan diri :) Scan virus2 yang menyerang atau menghinggap diri ini.. Dosa di dalam diri ini, dosa di depan mata, dosa bisikan syaitan..

Hati adalah anti-virus wahaidiri.. Hati dengan fitrahnya mengetahui yang mana baik dan yang mana buruk.. Yang mana benar dan yang mana salah..

Akan tetapi, jika anti-virus ini lemah.. Hati ini, dikuasai nafsu dan bisikan syaitan.. Anti-virus ini tidak dapat berfungsi.. Tidak mengenal mana yang soleh atau yang toleh.. Berhibur tanpa batasan, kerana scanner virus tidak dapat mengesan dosa2 yang tersembuyi dalam cabaran2 generasi baru.. 
Astargfirullah…

Hanya Ilmu sahaja dapat menguatkan hati ini..

Mengekalkan Iman dan Islam.. Anti-virus ini diperkasakan dengan ilmu.. Wahaidiri, carilah ilmu agar diri ini tidak tersasar.. Agar mengenali, ohw ini memberi pahala, ohw tidak ini membawa ku ke neraka.. Agar hati ini ingin mendekatkan diri pada teman-teman yang soleh, agar hati ini sentiasa mendekatkan diri dengan kebajikan dan jauhi dari kejijikan.. Seperti jijik nya neraka yang bernanah busuk mengelegak untuk dimakan..






Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa.
(Al-Haqqah: 35-37)

Wahaidiri, jagalah hati ini… Rajin2kan update.. Sesungguhnya, Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram. Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan, dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalamnya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.(HR Bukhari dan Muslim)



sumber dari: wahaidiriku.wordpress.com

No comments:

Post a Comment