Tilawah ertinya bacaan, sujud tilawah ertinya sujud bacaan.
Di dalam al Quran, ayat -ayat ini biasanya ditandakan dengan tanda yang berbentuk seakan-akan dorm masjid .
Ayat inilah disebut ayat sajdah dan sujudnya disebut sujud tilawah.
Apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.Sebenarnya saya nak bercerita pengalaman bersembahyang subuh dan imamnya melakukan sujud tilawah. Ini pengalaman pertama kali dan menjadi kejutan juga kepada saya.
Masa ke Langkawi melihat LIMA 2013 , kami bersolat subuh di masjid berhampiran jeti Kuala Kedah. Imam baca surah yang panjang dan terus terang saya tak tahu surah apa. Kemudian imam terus sujud dan bangun meneruskan bacaan surahnya.
Saya tak tahu dan teringat pun mengenai Ayat Sajdah ni sehinggalah semalam bila mengaji dan terjumpa tanda ayat sajdah , terus teringat kejadian tersebut.
Kemudian barulah saya ingat balik hari tu adalah hari Jumaat.
Kalau berlaku kes seperti ini dan makmum tidak mengetahui imam telah melakukan sujud tilawah sehingga imam mengangkat kepalanya daripasa sujud, solat tidaklah batal. Ruang solat perempuan biasanya terlindung dan jauh sehingga kita tidak dapat melihat perbuatan imam.
Cara melakukan sujud tilawah di dalam sembahyang ialah disunatkan bertakbir tanpa mengangkat tangan.
Bila melakukan sujud tilawah, bacaannya adalah seperti ini.
Walaupun waktu kejadiaan tersebut berlaku ada tanda tanya di dalam hati, akhirnya saya sangat beryukur kerana peristiwa tersebut menyebabkan saya memahami keadaan dan cara melakukan sujud tilawah sekiranya membaca ayat sajdah di dalam sembahyang.
Moga pengalaman saya ini boleh dijadikan panduan kepada pembaca.
sumber dari: kujie2.com
No comments:
Post a Comment