Thursday, 23 May 2013

Peringatan Tentang Kematian






Setiap yang hidup pasti merasai mati. Hanya waktu, cara dan masa kematian sahaja yang berbeza. 
Justeru sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?

Pesan Rasulullah SAW: jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalanan ( riwayat al- Bukhari ). Firman Allah bermaksud:

' bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sehingga kamu masuk ke dalam kubur' 
( At-Takaatsur: 1-2 )



Banyak lagi peringatan tentang kematian oleh Allah di dalam Al-Quran. 
Antaranya yang bermaksud: 

' tiap-tiap yang hidup akan mati' 
( Al- imran:165). 

'Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh' 
( An- Nisaa' : 78).

Maksud firman Allah lagi yang bermaksud : 

'katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan mendatangi kamu' 
( Al-m Jumu'ah: 8). ' 

'Maka apabila telah tiba waktu yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak pula boleh mendahulukannya' 
( An- Nahl : 61).



sumber dari: mohamadismail66.blogspot.com

No comments:

Post a Comment