Thursday, 16 May 2013

Ringkasan Surah As-Saaffat




Rengkasan Surah:

1. Demi hamba2Ku yang berbaris dengan berderet2. Hamba2Ku yang melarang dari kejahatan dengan sesungguh2. Hamba2Ku yang membaca kandungan Kitab Suci.

2. Sumpah demi sumpah, sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu. Dia lah yang mencipta serta mentadbirkan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dan Tuhan yang mengatur tempat2 terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit dengan hiasan bintang2.

3. Dan Kami pelihara urusan langit itu dengan serapi2 kawalan dari masuk campur setiap Syaitan yang derhaka. Dengan itu mereka tidak dapat memasang telinga mendengar percakapan malaikat penduduk langit dan mereka pula direjam dengan api dari segala arah dan penjuru, untuk mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus2.
.
4. Kecuali sesiapa di antara Syaitan itu yang curi mendengar mana2 percakapan malaikat, maka ia diburu dan diikuti dengan rejaman api yang menjulang lagi menembusi.

5. Setelah nyata kekuasaan Kami maka bertanyalah kepada mereka yang ingkarkan hidupnya semula orang2 yang telah mati. Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan (atau makhluk2 lain) yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat yang senang diubah dan diciptakan semula.

6. Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka bahkan engkau merasa hairan terhadap keingkaran mereka dan sebaliknya mereka mengejek2 peneranganmu. Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu. Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu, mereka mencari2 jalan memperolok2nya,
7. Serta mereka berkata: “Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata. Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, kita akan dibangkitkan hidup semula? Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu akan dibangkitkan hidup semula?”

8. Jawablah: “Ya, benar! Kamu semua akan dibangkitkan dengan keadaan hina-dina “.

9. Kebangkitan ini mudah kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya bangkit melihat apa yang akan jadi. Dan pada saat itu mereka berkata:” Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!”

10. Lalu malaikat berkata kepada mereka: ” Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya “.

11. Allah berfirman kepada malaikat: ”Himpunkanlah orang2 yang zalim itu dan orang2 yang berkeadaan seperti mereka, beserta benda2 yang mereka sembah yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka. Dan hentikanlah mereka menunggu, kerana sesungguhnya mereka akan disoal. Mengapa kamu tidak bertolong2an sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?”

12. Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa2 melainkan menyerah diri dengan hinanya untuk diadili. Dan masing2 pun mengadap satu sama lain sambil kata mengata dan cela mencela. Pengikut2 berkata kepada ketuanya: ”Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami daripada beriman dengan menggunakan kuasa kamu”.

13. Ketuanya menjawab: ”Tidak! Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang beriman! Dan kami, selain daripada mengajak kamu tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas. Kami mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang2 sesat. Dengan keadaan diri kita yang sedemikian maka tetaplah di atas kita janji seksa yang dijanjikan oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai azabNya.”

14. Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu menderita azab bersama. Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang2 yang berdosa.

15. Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya; ”Ketahuilah, bahawa tiada Tuhan yang sebenar2nya melainkan Allah”. Mereka bersikap takbur mengingkarinya, serta mereka berkata: ”Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan2 yang kami sembah kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?”

16. Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila bahkan ia telah membawa kebenaran tauhid, dan mengesahkan kebenaran tauhid yang dibawa oleh Rasul2 terdahulu.

17. Sesungguhnya kamu wahai orang musyrik, akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Dan kamu tidak dibalas melainkan dengan balasan yang sepadan dengan apa yang kamu telah kerjakan.

18. Kecuali hamba2 Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik. Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum, iaitu buah2an yang lazat, serta mereka mendapat penghormatan di dalam syurga yang penuh melimpah dengan berjenis2 nikmat. Mereka duduk berhadap di atas pelamin kebesaran. Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak yang diambil dari sungainya yang mengalir. Minuman itu putih bersih lagi lazat rasanya bagi orang yang meminumnya. Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.

19. Sedang di sisi mereka ada pula bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. Putih kekuning2an seolah2 mereka telur burung kasuari yang tersimpan dengan sebaik2nya.

20. Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan, lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya2an.

21. Seorang di antaranya berkata: ”Sesungguhnya aku di dunia dahulu, ada seorang rakan yang menempelak daku. Katanya: “Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya kebangkitan orang mati pada hari akhirat? Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dihidupkan semula serta dibalas apa yang telah kita lakukan? ” ‘

22. Setelah menceritakan perihal rakannya itu ia berkata lagi: ” Adakah kamu hendak melihat keadaan rakanku yang ingkar itu?”

23. Maka ia pun memandang ke arah neraka, lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah2 neraka yang menjulang. Ia pun menempelaknya dengan berkata: ”Demi Allah! Nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku dengan hidayah petunjuk, nescaya akan menjadilah daku dari orang yang dibawa hadir untuk menerima balasan azab“.

24. Kemudian ia berkata kepada rakannya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersamanya: ”Bukankah kita setelah mendapat nikmat ini tidak akan mati lagi, selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa?”

25. Sesungguhnya nikmat kesenangan Syurga yang demikian, ialah sebenar2 satu kemenangan besar. Untuk memperoleh kejayaan seperti ini hendaknya orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh2 semasa di dunia.

26. Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum tadi atau pokok zaqqum? Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang yang zalim di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat. Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang. Buahnya seolah2 kepala Syaitan. Maka sudah tentu mereka terpaksa makan buahnya sekalipun uanya pahit dan busuk bagi mereka memenuhi perut dengannya.

27. Selain itu, mereka meminum satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak. Setelah mereka dibawa minum mereka kembali tetap ke dalam neraka yang menjulang.

28. Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan. Lalu mereka terburu2 menurut jejak langkah datuk neneknya.

29. Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga sebelum kaummu wahai Muhammad, kebanyakan kaum2 yang telah lalu. Pada hal, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum2 itu, Rasul pemberi amaran.

30. Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan Rasul2 Kami setelah diberi amaran. Kecuali hamba2 Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik2 balasan.
Nabi Nuh:
31. Sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami memohon pertolongan, maka Kami adalah sebaik2 yang kabulkan doa permohonan. Kami telah selamatkan dia bersama dengan keluarga dan pengikutnya, dari kesusahan yang besar. Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja yang tinggal hidup setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian:

32. “Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam !”
33. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan amal yang baik. Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba Kami yang beriman. Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain yang mendustakannya.


Nabi Ibrahim:
34. Di antara orang yang menegakkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
35. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: ”Apa yang kamu sembah? Patutkah kamu menyembah tuhan2 selain Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata2 bukan kerana benarnya? Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?”

36. Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang2 yang bertaburan di langit, lalu berkata: “Sesungguhnya aku merasa sakit tak dapat turut berhari raya sama”.

37. Setelah mendengar kata2nya itu, mereka berpaling meninggalkan dia. Lalu ia pergi kepada berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya kepada berhala itu, secara mengejek: “Mengapa kamu tidak makan? Mengapa kamu tidak menjawab?” Lalu ia memukul berhala itu dengan tangan kanannya sehingga pecah berketul2.

38. Setelah kaumnya mengetahui hal itu maka datanglah mereka beramai2 kepadanya. Bagi menjawab bantahan mereka, ia berkata: “Patutkah kamu menyembah benda yang kamu pahat? Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda2 yang kamu buat itu!” Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua mereka berkata: “Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat untuk membakarnya, kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang itu”.

39. Maka mereka dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang yang terkebawah yang tidak berjaya maksudnya.

40. Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak meninggalkan kamu pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku ke jalan yang benar. Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang yang soleh!”

41. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar. Ketika anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

42. Setelah keduanya berserah bulat2 menjunjung perintah Allah itu lalu Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami. Serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!
Engkau telah menyempurnakan maksud mimpimu itu”. Demikianlah Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

43. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian:

44. “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”. Demikianlah Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba Kami yang beriman.

45. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak: Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang2 yang soleh. Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada anaknya Ishak, dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim terhadap dirinya sendiri.


Nabi Musa dan Harun:
46. Kami juga telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun. Kami selamatkan mereka dan kaumnya dari kesusahan yang besar. Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang yang berjaya mengalahkan lawannya. Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci Taurat yang amat jelas keterangannya juga Kami berikan hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus dan kekalkan mereka berdua nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian:

47. “Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba2 Kami yang beriman.


Nabi Ilyas:
48. Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah Rasul Kami. Ia berkata kepada kaumnya: “Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Patutkah kamu menyembah berhala Ba’la dan kamu meninggalkan ibadat kepada sebijak2 pencipta? Iaitu Allah Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!”

49. Maka mereka mendustakannya, akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir untuk diseksa. Kecuali hamba2 Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik2 balasan. Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian.

50. “Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba2 Kami yang beriman.


Nabi Lut:
51. Dan Nabi Lut adalah dari Rasul Kami yang diutus. Ketika selamatkan dia dan keluarga serta pengikutnya semuanya, kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan. Kemudian Kami hancurkan yang lain dari kaum Nabi Lut.

52. Dan sesungguhnya kamu yang menentang Nabi Muhammad berulang-alik melalui bekas tempat tinggal mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi. Dan juga pada waktu malam. Maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.

Nabi Yunus:
53. Nabi Yunus adalah dari Rasul Kami yang diutus. Ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat. Ketika satu keadaan yang memaksa maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang yang kalah yang digelunsurkan ke laut. Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar sedang ia berhak ditempelak.

54. Maka kalaulah ia bukan dari orang yang sentiasa mengingati Allah dengan zikir dan tasbihnya, sudah tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
55. Oleh itu Kami campakkan dia keluar dari perut ikan ke tanah yang tandus di tepi pantai, sedang ia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk melindunginya sebatang pokok yang berdaun lebar.

56. Dan Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu Kami utuskan kepada kaumnya yang seramai seratus ribu atau lebih. Setelah berlaku apa yang berlaku maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang ditetapkan bagi masing2.

Dakwaan Arab Jahiliah:
57. Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa malaikat itu anak perempuan Allah maka bertanyalah wahai Muhammad kepada mereka itu: “Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak perempuan dan untuk mereka anak lelaki? Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat2 itu perempuan?”

58. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata: “Allah beranak”, sedang mereka, sesungguhnya adalah orang yang berdusta! Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula ialah anak perempuan yang kamu tidak sukai? Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak perempuan dari anak lelaki sedang kedua2 jenis itu Dia lah yang menciptakannya?

59. Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum yang terang2 salahnya itu? Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak?

60. Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata menerangkan bahawa malaikat itu anak perempuan Allah? Kiranya ada maka bawalah kitab kamu yang menerangkan demikian, jika betul kamu benar. Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir ke dalam azab pada hari akhirat.

61. Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
62. Kecuali hamba2 Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, maka mereka akan terselamat, dan akan mendapat sebaik2 balasan.

63. Maka sebenarnya kamu wahai orang musyrik dan apa yang kamu sembah itu. Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya, kecuali orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang menjulang.

64. Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata: “Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu dalam menyempurnakan tugasnya. Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris menjunjung perintah dan beribadat. Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan!”

65. Dan sebenarnya mereka yang musyrik itu dahulu pernah berkata: “Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari bawaan Rasul yang telah lalu. Tentulah kami akan menjadi hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!”

66. Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka, mereka mengingkarinya. Oleh itu mereka akan mengetahui kelak akibat kekufurannya.

67. Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba2 Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami pengikut2 Rasul, merekalah orang yang mengalahkan golongan yang menentang kebenaran.

68. Oleh itu berpalinglah wahai Muhammad dari mereka, jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah hingga ke suatu masa. Dan lihat apa yang akan menimpa mereka. Tidak lama kemudian mereka akan melihat kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu. Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab yang telah ditetapkan oleh Kami! Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari mereka yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.

69. Dan berpalinglah wahai Muhammad dari mereka, jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah hingga ke suatu masa. Dan lihatlah apa yang akan jadi; tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.

70. Akuilah kesucian Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan! Dan ucaplah salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta ingatlah bahawa segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.



sumber dari: surahpilih.blogspot.com

No comments:

Post a Comment