[19]مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
Satu lagi teori yang membuktikan ketaatan air ini kepada Allah s.w.t. adalah pembahagian air laut yang tidak bercampur di antara satu sama lain dan tetap berada pada kawasan yang telah ditetapkan. Al-Quran telah lama membuktikan teori ini. Allah berfirman: "Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman: 19-21).
Allah berfirman lagi: "Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya." (Surah al-Furqan:53)
Kini, selepas lebih kurang 1400 tahun, seorang saintis lautan dari Perancis, Jacques Yves Costeau, mengakui teori bahawa sememangnya lautan tidak bercampur di antara satu sama lain. Sememangnya terdapat seperti dinding yang terbina dari membran sel yang membahagi setiap lautan yang terdapat di bumi ini melalui perbezaan suhu dan arus yang wujud di dalam air laut tersebut.
sumber dari: one-ummah.net/renungan/sains
No comments:
Post a Comment