Monday, 23 September 2013

siapakah yang lebih berkuasa



Firaun adalah seorang diktator kuku besi zaman purba yang bermaharajalela berkuasa atas manusia pada zamannya. Ia membina tamadun dengan bangunan, arca, kuil bahkan piramid yang mengagumkan sehinggalah pada hari ini. Jajahannya amat luas. Ia adalah panglima negara yang gagah perkasa mengalahkan musuh-musuhnya.

Walaubagaimanapun, tampak hebatnya, agungnya tamadun tersebut didirikan atas fondasi darah dan air mata manusia yang diperas dan diperhamba. Ia terlalu berkuasa, sampai tahap mengaku diri sebagai Tuhan. Disebutkan:

“(Berkata firaun): Akulah Tuhanmu yang paling tinggi!” (Surah an-Nazi’at, 79:24)



Marahaja Legion merupakan maharaja keempat Empayar Sibernatik Cyborg. Ia adalah maharaja kepada 8 buah galaksi yang merangkumi jutaan sistem hidupan manusia. Kuasanya tidak terbatas. Galaksi Muhsinin yang aman damai ingin dikuasainya sekali. Pengakuan Legion selari dengan pengakuan firaun, bahawa siapakah yang lebih berkuasa daripadanya?

“Dan firaun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: ‘Hai kaumku, bukankah kerjaan Mesir ini kepunyaanku dan bukankah sungai-sungai ini mengalir di bawahku, maka apakah kamu tidak melihatnya?’” (Surah az-Zukhruf, 43: 51)




“Firaun berkata, ‘Sungguh jika kamu menyembah Tuhan selain aku, benar-benar aku akan menjadikan kamu salah seorang yang dipenjarakan.’” (Surah as-Shu’ara, 26:29)



Maharaja Legion dihantui oleh sumpah nenek moyangnya yang pertama, untuk memburu ‘gerombolan teroris’ yang dikepalai oleh pemimpin yang bergelar ‘khalifah’. Jika firaun membunuh bayi lelaki untuk mengekang pertumbuhan kaum Bani Israel yang boleh menjatuhkannya dan membiarkan kaum wanita. Maka mengambil idea ini, saya mengubahsuai Maharaja Legion sebagai firaun saifai.



sumber dari: saifaiislami.blogspot.com

No comments:

Post a Comment