Saturday 7 June 2014

Tsunami di Jepun.. Peringatan dari Allah buat manusia





Gempa bumi yang berlaku adalah yang terburuk pernah dialami Jepun dalam tempoh 140 tahun. Gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Ritcher itu telah mengakibatkan tsunami besar sehingga 10 meter di bahagian timur Jepun. 4.4 juta rumah telah terputus bekalan eletrik. Sebuah kapal dengan 100 penumpang telah dihanyutkan. seramai 10 000 rakyat Jepun terkorban.

Kerajaan Jepun telah mengisytiharkan darurat disekitar loji nuklear Fukushima. Dalam pada itu, 100 rakyat Malaysia dikawasan ini diberitakan selamat. Kejadian ini mirip kepada gempa dan tsunami yang telah melanda Acheh pada 2004.


Adakah kita tidak merasakan sesuatu ?

atau

kita sedang mencari apa sebenarnya punca semua ini ?

atau

kita tak sedar pun hakikatnya inilah penanda
AKHIR ZAMAN



ketahuilah bahawasanya masa berlakunya sesuatu itu telah pun Allah tetapkan. ianya tidak akan berganjak sedetik ke hadapan ataupun berundur sedetik ke belakang.

" Dan kami tidak membinasakan sesuatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan olehNYA" ( surah al-hijr, ayat 4 )


"Lalu datanglah gempa menimpa mereka, dan mereka pun mati bergelimpangan di dalam keruntuhan rumah mereka" ( Surah Al-A'raf, ayat 78 dan 91 )

" Dan apabila lautan dijadikan meluap" ( Surah Al-Infitar, ayat 3)

" Dan apabila lautan dipanaskan " ( Surah At-Takwir, ayat 6)
Makna kedua Surah tersebut, adalah menegaskan, dimana laut akan meluap kerana kerana adanya proses pemanasan didasar bumi.



sumber dari: imanafs.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment