Sunday 1 June 2014

susah nak mengaku kesalahan





Mujahadah Itu Pahit...


surah 'abasa, surah yg ke 80, ayat 1-11
sebelum mula,rasa seronok nak berkongsi satu kata2 dari salah seorang sahabat Rasulullah yg ak lupa namanya*sori,sebab menghafal bukan bidang ak T.T*

'marilah kita duduk,dan beriman sejenak'

oke,ak bukan nak bagi tadabur pun
sebab rasa xtercapai lagi ilmu ke tahap tu
tp, suka nak berkongsi apa yg ak tahu, dan belajar
kan ke 'sharing is caring'
ngaa :D

jom kita luangkan masa kejap bukak surah 'abasa ni

dengan nama Allah yg Maha Pengasih, Maha Penyayang

1. Dia (Muhammad) berwajah masam dan berpaling.

2. kerana seorang buta (Abdullah bin Ummi Maktum) telah datang kepadanya

3. dan tahukah engkau (Muhammad) barangkali dia ingin menyucikan dirinya dr dosa

4. atau dia ingin mendapatkan pengajaran, yg memberi manfaat padanya?

5. adapun orang yg merasakan dirinya serba cukup (pembesar2 Quraisy)

6. maka engkau (Muhammad) memberi perhatian padanya

7. padahal tidak ada cela atasmu kalau dia tidak menyucikan diri (beriman).

8. dan adapun orang yg datang dgn bersegera (utk mendapatkan pengajaran)

9. sedang dia takut kepada Allah

10. engkau (Muhammad) malah mengabaikannya

11. sekali2 jgn begitu! sungguh (ajaran2 Allah) itu suatu peringatan.

oke,cukup sampai ayat 11 jek
sebelum apa2,ak nak cakap buat kali yg kedua,ak bukan nak bagi tadabur
sebab ak bukan pelajar sekolah2 yg mengaji tafsir al-Quran
ak budak MRSM,dan ak budak SAINS TULEN
ngerti kamu?
bagus!

apa yg best kat ayat ni sampai ak nak cerita dlm entri ni?
oke,ada byk sgt yg buat ak rasa ayat ni best!

~korang perasan x,ayat ni diturunkan utk menegur kesalahan Rasulullah~

asbab nuzul turunnya ayat ni :
diceritakan,pada satu hari kan,masa tu Rasulullah tengah semangat berdakwah kat pembesar2 Quraisy
nak ajak diorang masuk Islamla kan
tengah semangat keluarkan hujah2 tu,tiba2 dtg Abdullah bin Ummi Maktum ni
Abdullah mintak Nabi ajarkan kepadanya apa yg Allah ajar kepada Nabi

soklan : korang bayang,kalau korang tengah sedap2 bercakap,semangat ni bercerita dgn kawan2,tiba2 adik korang datang suruh cerita kisah cinderella.apa reaksi korang?mesti rasa cam nak tampar jek adik korang laju2 kan? *sumpah jahat klu korang buat =.=*

samalah macam Rasulullah
Rasulullah pun manusia jugak.mesti ada perasaan terganggu kan?
sebab tu,masa Abdullah datang, Rasulullah palingkan mukanya dan berwajah masam.

pastu, Allah terus turunkan ayat ni utk menegur Rasulullah
padahal,kalau pikir logik,Abdullah tu xnampak pun muka masam Rasulullah tu
dia xnampak pun Rasulullah palingkan muka Baginda
sebab apa?
sebab dia buta!kan da tulis kat atas nun.ishhhh!
dan,Abdullah xterasa pun kan?betul x?

tapi,Allah tu sgt teliti dan prihatin
benda yg kita rasa kecil camtu pun,Allah tegur
sweet x Allah?

~Rasulullah xpernah sembunyikan apa2 pun, menandakan Baginda sgt jujur~

kalau kita tengok
sesetengah orang susah nak mengaku kesalahan dia kan?
sebab apa?malulah buat salah!

tp, dalam ayat ni, terang2 Allah tu tegur Rasulullah
sebab Rasulullah buat salah
dan Baginda, xsembunyikan pun teguran Allah tu
korang bayang, dah la Rasulullah tu maksum, dihormati pulak
kalau baginda x bagitau tentang turunnya ayat ni utk menegur Baginda kat para sahabat, sahabat2 Baginda xkan tahu pun kan?
tp, Rasulullah tu tanpa segan silu menceritakan dgn detail kesalahan baginda tu, dan teguran Allah padanya tu
baik x Rasulullah?baik kan?
hee,tengokla kekasih hati siapa? ;)

~Allah tu sgt sweet~

eh,apa yg sweetnya erna ni?
xnampak pun Allah tu sweet kat dlm ayat ni =.=

haaa!tula,cuba korang baca balik tafsir kat atas tu
perasan x,byk surah2 lain dlm al-Quran,Allah guna 'kau' (utk menggambarkan Nabi Muhammad)
tp kali ni, Allah guna 'dia'
kenapakah???

oke,ada 2 situasi
korang ada anak*cehh,kawin pun belum!*
pastu,anak korang buat salah
contohnya,dia curik duit dari dompet korang sepuluh sen

situasi pertama
korang marah2 dia,ckp camni

'reza ni, kenapa curik duit mama?tahu x mencuri tu xbagus?bla bla bla~'

dalam masa beberapa saat,anak korang tu da bukak kilang air mata da
isk3 @_@!

situasi dua
korang panggil anak korang tu duduk
dan bercerita

'eh,reza tahu x,ada seorang budak ni kan,dia curik duit mama dia.padahal mencuri tu kan,xbagus.berdosa'

comfim anak korang terasa kan?
dan mesti dia mintak maaf kat korang
paling tidak pun,dia xbuat da pastu
paling penting,dia xmenangis!

significance?

Allah guna 'dia' pada beberapa ayat pertama surah ni
sebab Allah tu sweet
dan Allah tegur Nabi dgn berhemah
Allah guna cara menegur dlm situasi kedua tadi
best x?
Allah xguna 'kau' sebab Allah tahu, cara tu kurang best berbanding cara kedua tu :)

oke,itu je kot yg ak nak kongsi
kalau korang x bersetuju, silalah tegur
jgn risau, ak xmakan orang
ak makan nasik jek
itupun xmau meninggi =.=


sumber dari: darimataerna.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment