Saturday, 1 March 2014

“Taman Talmud”




Majlis Tinggi Islam dan Kristian untuk Membela al Quds dan Tempat-tempat Suci, menyeru pentingnya campur tangan untuk menghentikan pelaksanaan projek “Taman Talmud” Yahudi di kota al Quds, yang bertujuan untuk “mengubah wajah sejarah dan perdaban kota al Quds.”
Majlis Tinggi Islam dan Kristian di al Quds dalam kenyataan akhbar hari Isnin (16 / 1), menegaskan bahawa “projek Taman Talmud adalah projek yahudisasi yang paling berbahaya di al Quds, projek ini mempunyai rancangan mengepung total Kota Purba dan masjid al Aqsa.






Majlis Tinggi Islam dan Kristian menjelaskan, “Projek yahudisasi ini terbentang dari daerah Issawiya di utara, Ra’sul Amud dan Bukit at Tur di timur, daerah Silwan dan Bukit Mukabbir di selatan, dan Kolam Sultan Sulaiman dan Mamila di barat, untuk mengepung Kota Purba dan masjid al Aqsa dengan ciri-ciri-ciri murni Yahudi.”
Majlis Tinggi Islam dan Kristian mengingatkan bahawa buldoser-buldoser penjajah Zionis Israel mula melaksanakan projek ini di sisi pagar al Quds bersejarah di kawasan yang membentang antara pintu Herodes hingga kawasan yang dikenali dengan nama “Pasar Jumaat” di pemakaman Yusufia.




Majlis menjelaskan bahawa kerja pendirian taman ini sudah bermula sejak beberapa tahun yang lalu. Telah diselesaikan sejumlah tahap, terutama di sebelah barat laut bagar Kota Purba dua kawasan yang membentang antara gerbang al Khalil dan pintu al Gadid, pintu al Gadid dan Pintu al Amud, dan kawasan istana Umayyah yang diubah menjadi laluan al kitab dan “miniatur kuil” yang mereka tuntutkan.



sumber dari: http://palestin.perubatan.org/author/sakinah/feed/

No comments:

Post a Comment