Saturday, 19 January 2013

Satu Unit Saham Amanah Yang Dijamin Rasulullah SAW.




Masalah utama bagi setiap orang ialah kekurangan wang atau masalah ekonomi kewangan.Kesempitan hidup dan kekurangan wang menjadikan kita resah gelisah selalu , stress dan kadangkala boleh membawa kepada berlakunya kes- kes kecurian, jenayah dan sebagainya.Apa yang lebih teruk dari itu ialah kita menjadi semakin jauh dengan Allah,malah ada juga di antara kita yang menyalahkan takdir dan berkata Tuhan itu tidak adil.Lalu kita pun menjadi betul betul jauh dengan rahmat Allah swt.


Memang benar,dalam agama islam kita selalu dituntut untuk mencari sebanyak-banyak bekalan untuk hari akhirat seolah olah kita akan mati esok hari namun kita juga disarankan supaya jangan pula melupakan bekalan kita di dunia seolah olah kita ingin hidup seribu tahun lagi! Sesungguhnya kefakiran itu boleh membawa kepada kecelakaan!


*Deretan peminta sedekah muslim!

Alangkah baiknya jika kita menjadi seorang yang beriman,yang kaya raya,yang berhati mulia dan suka bersedekah , yang berkereta mewah dan mempunyai seorang isteri yang cantik jelita,yang bersembahyang didalam bilik berhawa dingin di atas permaidani yang tebal dan indah dengan bau-bauan yang harum semerbak TANPA hati kita tertawan dengan kemewahan dunia yang kita miliki,yang tidak riya’ dan takbur atas pemberian Allah,yang selalu bersyukur atas pemberianNya, yang selalu menitiskan airmata di malam hari kerana taubat dan mensyukuri segala nikmat Allah dan selalu mengharapkan redhaNya. Tidakkah kita mahu jadi seperti itu???


Firman Allah swt dalam Surah Al-Qasas, ayat 77 ini yang bermaksud :

“Carilah pada apa yang Allah anugerahkan kepadamu iaitu kebahagiaan di negeri akhirat dan jangan kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan duniawi.Berbuat baik lah kepada orang lain seperti Allah berbuat baik kepadamu.Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melakukan kerosakan” [ Surah Al-Qasas : 77 ]


Semenjak Persepsi kita semua dipesongkan oleh Dajjal terhadap kemewahan dan kebahagiaan hidup,maka ramai dari kita sudah terkeliru dan menganggap bahawa kekayaan itu dilambangkan dengan betapa banyaknya jumlah simpanan wang ringgit kita di bank atau sebanyak mana jumlah saham-saham kita di pasaran saham atau sekian banyaknya harta benda kita seperti tanah, rumah kedai, bangunan dan aset yang lain.

Oleh itu jadilah kita seorang manusia yang sentiasa tidak merasa cukup dengan apa yang ada, tamak haloba mengumpul kekayaan dunia sehingga melupakan segala tanggungjawab kita terhadap Allah,masyarakat di sekeliling kita, lupa pula kepada kewajipan zakat dan sumbangan kita terhadap perjuangan menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini.


Kita sebenarnya lupa bahawa kekayaan sebenar kita ialah Kekayaan Hati kita dengan sifat-sifat yang terpuji, kebahagiaan sebenar ialah Ketenangan Hati setelah beroleh redha dan nikmat dari Allah swt.

Oleh kerana takut manusia berpaling kepada dunia dan melupakan akhirat , banyak ulamak tasawuf mengesyorkan kita supaya hidup zuhud dan beruzlah.Itulah cara terbaik mengelakkan diri dari terpengaruh dengan isi dunia dan segala macam sandiwara dunia.

Biarpun begitu ,apakah kita tidak mahu menjadi seorang jutawan seperti sahabat nabi malahan dijamin pula syurga iaitu Abdul Rahman bin Auf dan Saidina Usman Bin Affan?



Menyingkap kembali sejarah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi Muhammad saw sering menyebut ‘umatku’, ‘umatku’, ‘umatku’. Ini menunjukkan betapa prihatin dan sayangnya Nabi kita kepada kita umatnya! Jadi, apakah seorang rasul yang amat menyayangi umatnya akan membiarkan kita hidup dalam kemiskinan dan kefakiran setelah peninggalannya? Sudah tentu tidak !

Jika kita orang biasa sudah pasti kita akan meninggalkan wasiat sekurang-kurangnya sebidang tanah atau sebuah rumah buat isteri dan anak-anak sepeninggalan kita.Namun bagi Rasulullah saw,seorang Rasul dan kekasih Allah sudah pasti meninggalkan kita satu amanah sebagai plan kewangan jangka panjang berbentuk saham spiritual iaitu satu surah dalam al-quran yang mulia untuk kita umatnya yang dikasihi mengamalkannya.Surah tersebut ialah surah Al-Waqiah.



Jadi,bagi sesiapa yang percayakan Rasulullah saw ,sudah pasti akan mempercayai segala kata-katanya dan sudah pasti akan beramal dengan apa yang disarankan olehnya demi mencapai keselamatan dan kebaikan di dunia dan akhirat.Nabi Muhammad saw yang mulia telah memperkenalkan satu unit saham amanah dan memberi jaminan pula seperti sabdanya yang bermaksud :

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya”.
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)


Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Namun asbabun nuzul menjelaskan, surah al-Waqiah diturunkan selepas surah Taha. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafaz Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya “Hari Kiamat”. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini ada menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Secara ringkasnya kandungan surah Al-Waqiah dihuraikan dengan baik dalam sebuah buku di atas seperti berikut :

Sumber : Sila Klik Sini

[Kandungan utama surah al-Waqiah adalah penjelasan berkenaan terjadinya hari kiamat, gambaran syurga dan neraka, serta perihal orang yang banyak melakukan kezaliman dan keingkaran. Tidak ketinggalan juga ia mengandungi maklumat mengenai orang yang beriman. Dalam penjelasannya yang lebih terperinci, ia menerangkan manusia terbahagi kepada tiga golongan pada hari akhirat iaitu:

Golongan yang segera melakukan kebaikan.
Golongan kanan iaitu orang yang beriman.
Golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Tuhan.

Surah al-Waqiah menjelaskan, golongan orang yang segera melakukan kebaikan adalah golongan para nabi yang selalu bersegera mengamalkan ibadah kepada Allah dengan penuh tawaduk.

Golongan kanan pula adalah orang yang soleh iaitu mereka yang bertindak sesuai dengan tuntutan Quran. Ahli tafsir Quran menggambarkan golongan kanan sebagai ashabul yamin atau ashabul mujahadah iaitu orang yang berjihad, orang yang mahu berjuang dan sabar dalam menanggung penderitaan.

Golongan kanan memperoleh kemenangan walaupun mereka ditimpa pelbagai ujian dan kegelisahan. Mereka menyedari kehidupan ini adalah ujian dan ia penuh dengan penderitaan. Kelak, mereka pasti mendapat balasan kebaikan daripada Allah. Mereka melalui semua ujian dengan penuh kerelaan dan keikhlasan seperti Nabi Muhammad yang sering menerima ujian, namun beliau tetap ikhlas dan sabar.

Golongan kiri adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Quran. Dengan demikian, mereka adalah orang yang sesat. Mereka mengingkari kebenaran yang datang daripada Allah dan mendustakan agama tauhid. Mereka termasuk dalam golongan orang yang sesat. Mereka mengingkari apa yang sebenarnya dipandang benar oleh hatinya hingga segala kebaikan terasa seperti duri yang menyeksa diri. Inilah manusia sesat yang mendapat balasan neraka pada hari kiamat kelak.]

Walaupun sudah lama saya mengetahui khasiat dan kelebihan amalan surah ini terutamanya dalam bab rezeki,namun selepas membeli dan membaca buku seperti yang dinyatakan dalam sumber di atas itu, kefahaman dan keyakinan saya menjadi semakin bertambah! walaupun harganya murah iaitu RM10.90 saja dan setebal 116 mukasurat,namun cara penulisan dan kupasan penulis tersebut amat baik sekali.


Ternyata , dengan selalu mengamalkan surah ini, alhamdulillah,ia memberi kesan positif kepada kehidupan saya sekeluarga.Anda semua pun mungkin sudah lama mengetahui khasiat dan sudah lama mengamalkan surah ini.Oleh itu saya ingin mengajak anda semua beramal dengan surah ini tanpa menyisihkan surah-surah yang lain kerana setiap huruf,setiap ayat dan setiap surah dalam kitab suci Al-Quran itu ada khasiatnya yang tersendiri.

Ibnu Mas’ud merekodkan ,Rasulullah saw pernah bersabda :

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah,Allah memberikan satu kebaikan kepadanya.Daripada setiap satu kebaikan itu pula, Allah menggangdakan sebanyak 10 kali ganda. Aku tidak mengatakan alif-lam-mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf dan mim adalah satu huruf” [ Hadis riwayat Tarmizi]

Oleh itu,plan kewangan yang ditawarkan Rasulullah ini merupakan plan yang terbaik setakat ini kerana ia dijamin oleh rasul yang bergelar Al-Amin (yang berkata benar) dan pulangannya pula ialah melebihi 10 kali ganda!!! Bukan pulangan 10% seperti faedah yang ditawarkan oleh unit-unit saham amanah sekarang!




sumber dari: sangtawal.blogspot.com

No comments:

Post a Comment