Mutakhir ini, masyarakat kita berdepan dengan pelbagai masalah gejala sosial, terutamanya di kalangan kanak-kanak dan remaja di bandar-bandar serta di kampung-kampung, termasuklah di tanah rancangan FELDA, FELCRA, rancangan tanah pinggir, dll. Masalah penagihan dadah, minum arak, seks bebas, pelacuran, berpeleseran, lumba haram, samseng, berseronok berlebih-lebihan dan lain-lain terus berlaku di kebanyakan tempat. Fenomena ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan serta merendahkan martabat diri dan masyarakat, tetapi boleh memudaratkan akal, kesihatan dan membawa maut Kesan yang lebih buruk dari amalan yang kurang sihat ini akan meruntuhkan masyarakat dan negara. Kemungkaran ini dimurkai Allah dan akan mendapat balasan seksaan dari Allah, sebagaimana firmanNya di dalam surah Al-Qasas ayat 77 : |
Statistik pembabitan kanak-kanak dan remaja dalam jenayah dari bulan Januari hingga disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan, remaja lelaki dan perempuan melayu seluruh negara adalah yang paling ramai. Manakala statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,566 penagih di kesan pada tahun 2001, 31,893 pada tahun 2002 dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga oktober 2003.
Apa akan terjadi kepada agama, bangsa dan negara kita akan datang jika generasi sekarang yang di harapkan suatu hari nanti di beri tanggungjawab untuk memimpin negara menjadi rosak?.
Sikap dan pembawaan yang di tunjukkan ini adalah gambaran yang akan mencorakkan kepimpinan generasi akan datang.
oleh sebab itu untuk melahirkan kepimpinan yang berwibawa dan berjaya, seorang kanak-kanak dan remaja yang di harapkan menjadi pemimpin hendaklah dibentuk semenjak kecil, malah mereka mesti dididik sejak dari dalam kandungan lagi. Orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakn tugas serta peranan ini ialah ibubapa, juga masyarakat sebagai agen pembantu. Rasulullah Saw menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab ini dalam sabdanya :
(riwayat Al-Bukhari)
Bermaksud : " Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi ".
Di samping itu, kerajaan sebagai pentadbir negara juga bertanggungjawab dalam menentukan corak pendidikan yang diberi kepada golongan ini. Kerajaan perlu memberi penekanan terhadap peranan sekolah, guru-guru, IPTA, IPTS, maktab, IKM, IKBN, ILP, pusat giat, dan sebagainya dalam menangani masalah ini.
Golongan terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang terjebak dalam masalah ini lumrahnya tentulah mereka yang menjauhi diri dari masjid. Jesteru itu ibubapa serta masyarakat perlu prihatin dan mempunyai fikiran terbuka dalam membimbing golongan ini supaya mereka mendekati masjid, agar mereka berminat mengikut program yang dianjurkannya. Sebarang prasangka terhadap mereka hendaklah di elakkan, kerana masjid sewajarnya sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu bernaung di bawah bumbungnya.
Para imam dan petugas masjid haruslah dilengkapi dengan ilmu-ilmu yang boleh membimbing anak-anak remaja ini. Mereka perlu mendekati remaja, perlu up-to-date dari segi maklumat, dan perlu bijak dengan skil-skil yang baik untuk membimbing generasi yang akan mencorak masa depan negara.
dipetik dengan ubahsuai dari khutbah jumaat JAIS di: http://www.selangor.gov.my/suk/khutbah
No comments:
Post a Comment