Sunday, 20 January 2013

Pelajari teknik ‘management & leadership’ terunggul dari C.E.O bernama Sulaiman






Apabila bercerita tentang Surah An-Naml, kita tidak akan dapat lari dari tokoh terpenting dalam mencorakkan intipati kandungannya iaitu Nabi Sulaiman. Sebut tentang Baginda, apakah yang tergambar di fikiran anda? Sudah tentu, perkara ini pasti ‘pop-up’ terlebih dahulu :

Raja yang kaya-raya, mampu ber’sembang’ dengan burung serta semut, ‘bodyguard’nya luarbiasa hebat iaitu golongan jin, serta ‘last but not least’, dapat kahwin dengan Ratu Balkis yang bukan setakat kaya-raya, bahkan cantik rupawan!

Hmm, jika itulah sahaja yang kita fikirkan, ada baiknya kita kaji semula kelebihan Baginda dengan ‘menghadam’ Surah An-Naml. Bagi saya, surah ini amat menggugah minda kita kerana kandungannya amat berkesan untuk mencabar persepsi sesetengah orang yang ‘asyik’ berkiblatkan barat, yang melihat Al-Quran setakat ‘yasin malam jumaat’ & hafazan surah lazim untuk anak2 sahaja….

Jika mereka fikir Al-Quran ‘gagap’ dalam membicarakan ilmu-ilmu ‘up-to-date’ seperti holistic management, leadership, high-technology dll…., Nah…surah ini sedia menjawabnya

APAKAH KELEBIHAN UTAMA NABI SULAIMAN?

1. Kepintaran & kebijaksanaan luarbiasa hasil tradisi keilmuan yang kuat.

Ayat 15 Surah Naml menjelaskan kenyataaan ini : ‘Maka kami telah memberi ilmu kepada Daud dan Sulaiman’. Siapa kata ‘Nabi Sulaiman bolehlah jadi nabi yang hebat, sebab Baginda dapat ‘rezeki terpijak’ warisi kekayaan bapanya!’ … Tidak sekali-kali! Bukan itu sebabnya Sulaiman hebat. Baginda ingin menyatakan ‘Jika engkau berkuasa dan kaya raya, itu tidak berguna jika otakmu ‘kosong!’

Bagi mereka berdua, kekayaan dan kekuasaan bukanlah factor utama yang dinilai tinggi, tetapi ilmu pengetahuan yang berada di kedudukan nombor 1. Kerana itulah, mereka telah menzahirkan penghargaan tinggi kepada Tuhan terhadap kelebihan tersebut

Keduanya mengucapkan ‘Segala puji bati Allah yang melebihkan kami dari kebanyakan hambaNya yang beriman’. (Naml, 15)

2. Kejayaan dan kecemerlangan perlu diwariskan kepada generasi agar terus berkesinambungan.

‘Maka Sulaiman telah mewarisi Daud’ : Ujar ayat 16 Surah An-Naml.
Soalnya, apakah yang diwarisi Sulaiman itu? Adakah kerusi empuk kekuasaan/kekayaan sahaja tanpa factor lain? Tidak sepenuhnya. Ia menggambarkan bahawa Sulaiman juga mewarisi tanggungjawab meneruskan factor ‘success’ lain lebih besar yang dimulakan oleh Nabi Daud. Ia termasuk kejayaan dakwah, kejayaan hidayah dan yang terbesar : kejayaan membina tamadun bangsa yang berkarekter tauhid.

3. Penguasaan bahasa asing.

Ayat 16 Surah Naml memperincikan lagi kelebihan Sulaiman : ‘Hai manusia, kami telah diberikan pemahaman bahasa burung’.
Ada sudut pandang lain yang ingin disampaikan disini. Ia tidaklah memaksa anda pergi ke taman burung, duduk berjam-jam mendengar burung ‘bersiul-siulan’, tetapi ia mengilhamkan sesuatu yang lebih besar dari itu sebenarnya. Ilhamnya ialah : kuasailah bahasa asing, bukan setakat bahasa inggeris atau mandarin sahaja, kalau boleh bahasa Ivory Coast pun kena pandai juga! Perkara ini penting kerana dengan kelebihan tersebut, seperti yang ditunjukkan Sulaiman, dakwah boleh di’internasional’kan dengan lebih mudah. Bayangkan sahaja jika Sulaiman tidak memahami pertuturan Hud-hud, pasti Ratu balkis tidak masuk islam!

4. Kepintaran mengeksploitasi potensi sumber alam dan sumber tenaga kerja.

Ayat 16 Surah Naml menjelaskan lagi kelebihan Sulaiman : ‘dan kami diberi segala sesuatu. Semua ini benar-benar kurniaan yang nyata.’

Dengan baik sekali, Nabi Sulaiman telah mengeksploitasi seratus-peratus segala kelebihan yang dimilikinya. Para Jin yang memiliki kehebatan luarbiasa diperintahkan untuk membina bangunan termewah & tercanggih, termasuk menyelam ke dasar laut mencari permata terbaik untuk menghiasnya. Para haiwan pula, termasuk hud-hud bukan setakat ditugaskan untuk melaporkan hal-ehwal komuniti burung semata, bahkan diberikan tugas unik lain, iaitu sebagai pasukan peninjau dan ‘posmen’ dakwah! Pokoknya, setiap makhluk dibawah Sulaiman membantu baginda secara langsung dan tidak langsung melanjutkan tugas dakwah tauhid yang diwarisi dari bapanya, Nabi Daud.

5. ‘Management style’ dan ‘Leadership skill’ yang berkesan.

Ayat 17 menjelaskan : ‘Maka Sulaiman telah menghimpunkan bala tenteranya yang terdiri dari jin, manusia, burung lalu mereka diaturkan dengan penuh tersusun.’

Sekali imbas, ayat ini tidak memberi apa-apa makna…. Tetapi apabila saya menghayatinya lebih mendalam, saya terkagum terlopong-lopong dengan kemampuan Sulaiman selaku C.E.O yang sangat terserlah sekali kemampuan pengurusan dan kepimpinannya.

Mengapa saya berfikir begitu? Bayangkan sahaja begini : Jika anda pernah menjawat jawatan ketua organisasi (tidak kira N.G.O atau organisasi besar) atau bahagian H.R.D, anda pasti menyedari betapa sulitnya mengatur dan menguruskan manusia. Tetapi Sulaiman dengan begitu mudah sekali mengatur ‘pekerja bawahan’nya yang terdiri bukan setakat manusia, bahkan binatang dan jin turut serta! Saya pasti, sudah tentu ‘leadership & management style’ yang Sulaiman miliki amat berkualiti tinggi, cekap dan lebih hebat dari apa yang dipraktikkan dunia pengurusan barat mahupun Jepun sekarang.

Apakah kelebihan yang dipraktikkan oleh Nabi Sulaiman selaku pemerintah & C.E.O dalam amalan pentadbiran dan pengurusannya sehingga terhasil ‘mereka diaturkan penuh tersusun –Naml, 17’ itu? Ini antara ‘basic’ yang perlu dikuasai : Strategic management, inovative, kreatif, ‘top-down’ & ‘bottom-up’ management style, ketelusan, integriti dll.

Darinya, Sulaiman ingin mengajar kita selaku ‘pengkagum’ budaya management jepun & barat bahawa ‘Kami sudah lama mempraktikkannya’

6. Latihan dan semangat ‘KAIZEN’ yang berterusan.

Dalam ayat 17 dan 18, ia memperihalkan bagaimana Sulaiman mengumpulkan semua ‘co-worker’nya untuk satu latihan rutin yang tidak diperincikan. Dalam latihan tersebut, mereka telah melalui satu komuniti masyarakat semut, digelar sebagai ‘Wadi An-Naml’ di mana melaluinya, telah terserlah kelebihan Sulaiman dalam memahami pertuturan semut.

Tetapi, adakah itu sahaja yang boleh kita manfaatkan dari peristiwa ini? Adakah setakat mengkagumi kelebihan Sulaiman ‘Wow! Baginda boleh fahami bahasa semut!’ sambil menggeleng-gelengkan kepala?

Tidak sama sekali. Bagi saya, sudah tentu baginda menyimpan tujuan lebih besar untuk mengumpulkan segala ‘pekerja’nya itu selain berjalan-jalan membuat lawatan ‘ramah mesra’ dengan semut. Ia menunjukkan kita bahawa Nabi Sulaiman sentiasa mengadakan ‘latihan rutin’ dalam memeriksa kesiap-siagaan semua pekerjanya. Ia juga memberikan indikasi bahawa Sulaiman selaku C.E.O berketerampilan tinggi, amat mementingkan kualiti pekerjanya dengan selalu mengadakan ‘spot check’ sebegitu.

Dari peristiwa ini, nampak sangat yang Nabi Sulaiman telah lama menerapkan semangat ‘Kaizen’ iaitu‘never-ending efforts for improvement’ atau penambahbaikan yang berterusan dalam pengurusan organisasinya.

Yang paling mengharukan saya dalam peristiwa itu ialah betapa tingginya empati dan keperihatinan Sulaiman terhadap pekerja bawahannya iaitu semut. Bayangkan, dengan segala kehebatannya itu, Sulaiman dan beratus ribu tenteranya itu boleh sahaja ‘memijak-mijak’ rumah semut. Ya-lah, apalah yang boleh dilakukan oleh semut dengan Sulaiman, setakat impian mentimun ingin mengopek durian sahaja! Itulah sebabnya pemimpin semut sejak awal lagi ‘surrender’ : “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

Tetapi Baginda menunjukkan contoh terbaik bagaimana berkomunikasi dan menghormati ‘rakyat marhaen’ dengan kata-katanya Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa Dengan berkata:” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – Dengan limpah rahmatMu – Dalam kumpulan hamba-hambaMu Yang soleh”.

Alangkah bagus jika pemimpin tertinggi/ C.E.O/ Manager kita juga melafazkan kata-kata sama?

7. Amalan proses P.D.C.A (Plan-do-check-action).

Bagi pengurusan organisasi yang mementingkan M.B.O (management by objective), kejayaan operasi dan ketinggian kualiti kerja/hasil, frasa P.D.C.A tidak boleh lari dari ‘amalan wajib’ mereka. Namun, terfikirkah anda bahawa beribu-ribu tahun sebelum teori tersebut tercipta, ia telah lama dipraktikkan Sulaiman dalam system ‘management’nya?
Saya melihat Sulaiman telah menerapkan proses P.D.C.A tersebut dalam interaksinya bersama burung Hud-Hud begini :

P – Plan : Baginda merancang teknik dakwah berkesan untuk mengajak Ratu Balkis memeluk islam (mission dakwah) dengan menghantar surat ‘rasmi’ kepada Ratu Balkis. (ayat 27 dan 28)

D – Do : Burung Hud-hud telah berjaya menjalankan misi Sulaiman untuk menjalankan ‘high profile dakwah mission’, iaitu dengan terbang beratus kilometer menghantar surat ‘rasmi’ dengan jayanya. (ayat 29-31)

C – Check : Mengkaji semula keefisienan teknik dakwah yang telah dilakukan sebelum itu hasil dari respon Ratu Balkis terhadap surat ‘rasmi’nya. (ayat 36 dan 37)

A – Action : Sulaiman memperbaiki teknik dan ‘approach’ misi dakwahnya dengan melakukan sesuatu ‘di luar kotak’, iaitu mengarahkan tentera terhebatnya membawa istana Ratu Balkis yang terletak jauh ratusan kilometer dihadapannya sekelip mata! Hasilnya memang membanggakan : Ratu Balkis akhirnya berjaya di’islam’kan. (ayat 38-44)

Melihatkan kesungguhan Hud-hud, kelebihan ‘Jin Ifrit’ dan kehebatan pemuda ‘ahli kitab’ yang mewarnai latarbelakang cerita ini, nampak sangat tertonjolnya kelebihan Sulaiman selaku pemimpin berkualiti tinggi. Bak kata pepatah inggeris :

‘Management is what people do when you are there, leadership is what they do when you are not there.’

8. Berfikiran ‘glokal’ dalam dakwah.

Kepada para sukarelawan dakwah, ustaz mahupun alim-ulama, Nabi Sulaiman sebenarnya ingin berkongsi rahsia kepada kita satu rahsia kejayaan dakwah iaitu : GLOKAL.

Hmm… tentu anda terfikir ‘macam pernah dengarlah perkataan tu’… Ya, anda benar. Ia pernah dipopularkan oleh pemimpin utama kita sedikit masa dahulu. Tetapi, apakah teknik ‘glokal’ yang telah diimplementasikan Nabi Sulaiman?

Teknik ‘glokal’ (global + local) dalam berfikir dan bertindak yang dimaksudkan Sulaiman adalah : Global melibatkan antarabangsa, internasional dan menjalar serata dunia iaitu misi dakwah menjalar ke luar dari autoriti kawasan Sulaiman di Palestin hingga sejauh beratus kilometer di Negara Saba’ sana. Sementara local bermaksud tempatan, iaitu tinjauan dakwah ke kawasan semut dalam jajahan takluk negaranya.

Inilah semangat dakwah yang ingin dibangunkan Sulaiman iaitu generasi serta misi pendakwah yang berakar nasional dan berakal internasional. Kita bukan setakat perlu hebat di ‘tempat permainan’ kita, bahkan juga perlu memainkan peranan di serata dunia. Dalam contoh sekarang, jika boleh, biarlah institusi pendidikan agama kita menjadi ‘kilang’ utama bagi melahirkan ulama, ustaz serta para hafiz sehebat Dr. Yusuf Al-Qardawi!



sumber dari: asraffayob.com

No comments:

Post a Comment