Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara
ghaib baik di langit atau pun di bumi kecuali Allah.�
(Surah An-Naml, ayat
65)
Jadinya, bagaimana dengan orang-orang yang mengaku
mengetahui perkara ghaib atau dapat melihat jin. Betul ke mereka boleh nampak
makhluk-mahkluk halus ni? Adakah mereka semua temberang? Kita biasa melihat
orang-orang yang dirasuk Jin. Histeria contohnya dikaitkan dengan rasukan Jin.
Malah ada yang berbual dengan jin pun semasa mengubati.
Aku sudah tentu percaya makhluk-mahkluk ghaib ni wujud tetapi boleh ke kita manusia ni melihat mereka? Kenapa hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat melihat mereka? Adakah untuk melihat mereka yang halus ini perlu mempelajari atau mengamalkan petua-petua tertentu? Macam angin lah kita semua leh rasa jer tapi tak nampak. Begitu juga dengan kehadiran makhluk-makhluk ini, kita dapat rasa, agak-agak meremang bulu roma tu , adalah kot sebelah kita. Yang ini aku tidak pasti. Yang pasti makhluk-makhluk tersebut memang nampak kita.
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lazimnya mengkhabarkan kami dengan sesuatu, kemudian kami dapati ia adalah benar!” Rasulullah menjawab:“Ia adalah kalimah (perkara) benar yang diambil oleh seorang jin lalu dibisikkan kepada telinga pengikutnya, kemudian dibuat tambahan padanya dengan seratus kedustaan.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no:2228 (Kitab al-Salam, Bab larangan menilik nasi)]
“Wahai Rasulullah! Ada perkara yang kami lakukan zaman Jahiliyyah (seperti) mengunjungi orang yang mengetahui ilmu ghaib.” Rasulullah menjawab: Jangan mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.” [ Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya-hadis no: 537-1 (kitab al-Salam,Bab larangan menilik nasib].
Kita juga biasa mendengar ada orang boleh mengubat seseorang daripada jarak jauh. Ada orang yang boleh mengetahui kita ni ada pemakai atau tidak. Ada orang mendakwa dapat melihat jin-jin yang berkeliaran. Ada orang yang 'buat' orang seperti pukau dan lain-lain. Ada orang yang boleh meramal kita ni selamat atau tidak. Macam-macam. Persoalannya, betul ke mereka ini? Betullah kot tetapi Nabi telah menasihatkan kita supaya menjauhi orang-orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib ini. Bermakna perkara itu benar tetapi kita dinasihatkan jangan dekati orang itu. So jelas. Orang-orang yang mengaku kebal dan hebat ini , kenapa tidak pergi melawan Amerika yang banyak menindas orang-orang Islam. Kenapa tidak pergi membantu orang-orang yang teraniaya kalau mereka benar dan ilmu ghaib mereka itu dibenarkan dalam Islam? Heran kan....
Kalaulah orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib ini boleh jadi hebat, terfikir pula aku, kenapa nabi dan sahabat-sahabat tidak mempelajari ilmu ghaib ini? Kenapa bersusah payah berperang demi mempertahankan agama Islam. Sampai gugur syahid. Kalau Nabi kita pun tidak mahu belajar atau diajar, kenapa kita perlu belajar? Dan juga jelas dalam Al-Quran tidak ada pun pelajaran untuk ilmu ghaib ini. Allah hanya membenarkan penggunaan jin dan setan ini kepada Nabi Sulaiman sahaja. Itulah sekali dan tidak diberikan kepada nabi-nabi lain wahimah kepada Rasulullah pun. Dan Allah telah juga berfirman hanya Dia sahaja yang mengetahui perkara ghaib ini. So jelaslah bahawa ilmu ghaib yang didakwa oleh orang-orang tertentu itu semuanya adalah pasti menggunakan jin dan syaitan sebagai perantaraannya. Semuanya terserah kepada Allah. Allah izinkan perkara itu berlaku tetapi Allah tidak redha. Kita punya akal kita sendiri fikirkan.
Aku sendiri pun pernah pergi berjumpa dengan orang-orang semacam ini. Aku pernah pergi bawa mak aku berubat. Tapi sampai sekarang aku langsung tak percaya. Punyalah hebat orang ni, boleh transfer 'benda' yang didakwa berada dalam tubuh mak aku kepada seekor kambing. Setelah dipindahkan kepada kambing tersebut, kambing itu pun disembelih dan dagingnya disedekahkan kepada orang-orang kampung. Nak buat macam mana , dah nasib kambing itu akan disembelih. Tapikan memang betullah lepas itu mak aku sihat dan tak macam dulu. Apapun yang terjadi semuanya adalah kuasa Allah. Allah izin tapi aku fikir memang Allah tak redha. Astagfirullah al'azimmmmm.
Ada yang boleh membenarkan jin masuk ke dalam badan mereka, lepas tu mereka akan bercakap dengan orang hebat ini. Orang hebat ini boleh menghalau atau membunuh jin tersebut sekiranya jin tersebut tidak mahu mengikut kehendak orang hebat ini atau tidak mahu meninggalkan orang yang telah dirasuk oleh jin tersebut. hebat sungguh mereka nih.
Tetapi apapun, aku tidak akan sekali-kali mempelajari ilmu ghaib ini. Ilmu nyata pun tak habis belajar. Adalah lebih baik kita belajar Al-Quran dan mengajar anak-anak kita lagi lah bagus. Sudah tentu pelajaran ini diredhai oleh Allah swt. Sekurang-kurangnya jelas kalau kita mempelajari Al-Quran, Jin Kafir atau Setan tidak akan mendekati kitakan.

Sekarang ni pula ramai orang kita kecoh pasal tarikh
lahir. Penuh dewan. Dengan tarikh lahir akan dapat menentukan keperibadian ,
kebaikan dan keburukan seseorang itu juga kununnya boleh mengandaikan nasib masa
depan kita. Contoh kalau campur-campurlah tarikh lahir kita akan mendatangkan
nombor 8. Aaaaa kalau nombor 8 maksudnya seseorang itu akan menjadi seorang
pemimpin, berdaya maju dalam semua tindakan seperti kerjaya, perniagaan dan
lain-lain lagi. Fuhhhh punyalah berjuta orang ada nombor 8 tuuuu. Entahlahhh...
masing-masing... Kelakar pun adakan. Kalaulah dorang ni boleh menetukan
masa depan atau nasib seseorang tu, aku rasa dorang mesti perbaiki masa depan
dorang terlebih dahulu. Tapi macam itu aja tengok gayakan. Tapi dorang berjaya
lah ... berjaya dapat duit kita. Entahlah..
Kita juga biasa mendengar ada orang boleh mengubat seseorang daripada jarak jauh. Ada orang yang boleh mengetahui kita ni ada pemakai atau tidak. Ada orang mendakwa dapat melihat jin-jin yang berkeliaran. Ada orang yang 'buat' orang seperti pukau dan lain-lain. Ada orang yang boleh meramal kita ni selamat atau tidak. Macam-macam. Persoalannya, betul ke mereka ini? Betullah kot tetapi Nabi telah menasihatkan kita supaya menjauhi orang-orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib ini. Bermakna perkara itu benar tetapi kita dinasihatkan jangan dekati orang itu. So jelas. Orang-orang yang mengaku kebal dan hebat ini , kenapa tidak pergi melawan Amerika yang banyak menindas orang-orang Islam. Kenapa tidak pergi membantu orang-orang yang teraniaya kalau mereka benar dan ilmu ghaib mereka itu dibenarkan dalam Islam? Heran kan....
Kalaulah orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib ini boleh jadi hebat, terfikir pula aku, kenapa nabi dan sahabat-sahabat tidak mempelajari ilmu ghaib ini? Kenapa bersusah payah berperang demi mempertahankan agama Islam. Sampai gugur syahid. Kalau Nabi kita pun tidak mahu belajar atau diajar, kenapa kita perlu belajar? Dan juga jelas dalam Al-Quran tidak ada pun pelajaran untuk ilmu ghaib ini. Allah hanya membenarkan penggunaan jin dan setan ini kepada Nabi Sulaiman sahaja. Itulah sekali dan tidak diberikan kepada nabi-nabi lain wahimah kepada Rasulullah pun. Dan Allah telah juga berfirman hanya Dia sahaja yang mengetahui perkara ghaib ini. So jelaslah bahawa ilmu ghaib yang didakwa oleh orang-orang tertentu itu semuanya adalah pasti menggunakan jin dan syaitan sebagai perantaraannya. Semuanya terserah kepada Allah. Allah izinkan perkara itu berlaku tetapi Allah tidak redha. Kita punya akal kita sendiri fikirkan.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa
mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa
yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah
aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa
kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang
engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah
al-A’raf: 188).
Aku sendiri pun pernah pergi berjumpa dengan orang-orang semacam ini. Aku pernah pergi bawa mak aku berubat. Tapi sampai sekarang aku langsung tak percaya. Punyalah hebat orang ni, boleh transfer 'benda' yang didakwa berada dalam tubuh mak aku kepada seekor kambing. Setelah dipindahkan kepada kambing tersebut, kambing itu pun disembelih dan dagingnya disedekahkan kepada orang-orang kampung. Nak buat macam mana , dah nasib kambing itu akan disembelih. Tapikan memang betullah lepas itu mak aku sihat dan tak macam dulu. Apapun yang terjadi semuanya adalah kuasa Allah. Allah izin tapi aku fikir memang Allah tak redha. Astagfirullah al'azimmmmm.
Ada yang boleh membenarkan jin masuk ke dalam badan mereka, lepas tu mereka akan bercakap dengan orang hebat ini. Orang hebat ini boleh menghalau atau membunuh jin tersebut sekiranya jin tersebut tidak mahu mengikut kehendak orang hebat ini atau tidak mahu meninggalkan orang yang telah dirasuk oleh jin tersebut. hebat sungguh mereka nih.
Tetapi apapun, aku tidak akan sekali-kali mempelajari ilmu ghaib ini. Ilmu nyata pun tak habis belajar. Adalah lebih baik kita belajar Al-Quran dan mengajar anak-anak kita lagi lah bagus. Sudah tentu pelajaran ini diredhai oleh Allah swt. Sekurang-kurangnya jelas kalau kita mempelajari Al-Quran, Jin Kafir atau Setan tidak akan mendekati kitakan.
sumber dari: raufjaffar.com
No comments:
Post a Comment