Friday, 2 August 2013

dalam keadaan ketakutan sambil menutup telinga mereka




Tuesday, November 21, 2012
PENAKUT RUPANYA ASKAR2 ZIONIS (GAMBAR)


Bismillah: Assalamu 'ala man ittaba'a al-huda.

Apabila kita baca surah al-Mutaffifin ayat 34

 فاليوم الذين ءامنوا  من الكفار  يضحكون
yang bermaksud:

Maka pada hari ini orang-orang yang beriman pula yang akan mengetawakan orang-orang kafir.

Memandangkan bertapa banyaknya ayat yang berhubungan langsung dengan peristiwa harian sebagaimana yang tertulis di dalam al-Qur'an, jadi apabila melihat ayat tersebut, saya tercari-cari, apakah dia antara maksud sesuatu yang akan menggelikan hati orang-orang mukmin itu pada awal tahun 1434 Hijriah?.

Awal ayat ini ditulis dengan huruf Fa, ianya dalam bahasa Arab bererti (maka), namun ia juga menyatakan sesuatu yang segera berlaku. Oleh itu saya berpendapat peristiwa yang berlaku yang akan menggelikan hati orang-orang Mukmin itu ialah pada awal tahun 1434 Hijriah.

Sebenarnya telah lama saya menunggu untuk mengerti apa tafsiran ayat ini untuk kita saat kita beada di dunia ini. Walaupun ayat ini pada asasnya menunjukkan peristiwa di Akhirat, namun oleh kerana al-Qur'an adalah Jami' Kalam, dan ringkasan dari Lauhul Mahfuz, maka berkemungkinan besarlah jua ayat yang saya nyatakan memberikan makna untuk perkara yang terjadi di Gaza pada masa ini.

Nampaknya jawapan yang saya dapat tidak mengecewakan. Pada hari ini kita lihat askar-askar kuffar ini dalam keadaan ketakutan sambil menutup telinga mereka kerana tak tahan dengan bunyi bedilan dari pihak Hamas.

Walaupun gambar ini mungkin tidak mengubat kesedihan penduduk Palestine Muslim, namun ianya mampu untuk menaikkan semangat mereka dan mampu melumpuhkan lagi semangat askar kuffar. In Sya Allah. 


sumber dari: rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com

No comments:

Post a Comment