Saturday 10 May 2014

TAFSIRAN AYAT 1-4




وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ (1)Demi langit dan demi yang muncul diwaktu malam
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الطَّارِقُ (2)Tahukah engkau apakah yang muncul diwaktu malam itu?
النَّجْمُ الثَّاقِبُ (3)Itulah bintang terang yang menembusi kegelapan malam
إِنْ كُلُّ نَفْسٍ لَمَّا عَلَيْهَا حَافِظٌ (4)Tiada suatu jiwa melainkan diawasi penjaganya

Ayat pertama surah ini dimulakan dengan sumpah Allah dengan langit dan "TARIQ". Tariq bermaksud yang muncul diwaktu malam iaitu bintang. Bintang biasanya hilang diwaktu siang dan muncul diwaktu malam. Erti "Tariq" telah dinyatakan didalam ayat ke3 sebagai bintang terang yang menembusi kegelapan malam setelah ditanya pada ayat ke2. Al-Quran tidak memperincikan jenis bintang ini, justeru ia boleh diaplikasikan kepada segala jenis bintang. 

Sufiyan Ibn Uyainah menyatakan bahawa di dalam Al-Quran jika disebut " وَمَا أَدْرَاكَ" Rasul diberitahu tentangnya, manakala jika disebut "ما يدريك" Rasul tidak diberitahu tentangnya seperti dalam ayat { وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ الساعة قَرِيبٌ } [ الشورى : 17 ]. Ayat ke4 merupakan subjek kepada objek yang digunakan dalam sumpah Allah tadi.Ayat ke4 terdapat satu penegasan bahawa tiada suatu jiwa pun melainkan ada penjaga yang mengawasi, memerhati dan memeliharanya. Disini tidak dinyatakan siapa yang dimaksudkan dengan "hafiz" itu. Para ahli Tafsir berbeza pendapat dalam menyatakan maksud "hafiz" itu kepada dua pendapat iaitu pertama Allah dan kedua malaikat.

Apakah yang diawasi oleh penjaga itu? Pendapat pertama menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah segala amalan yang direkodkan oleh malaikat. Pendapat kedua menyatakan yang diawasi oleh penjaga itu ialah amalan, rezeki dan ajal. Pendapat ketiga:musibah, kecelakaan dan kemalangan yang tidak berlaku melainkan dengan taqdir ketentuan Allah. Pendapat keempat:Menjaga jiwa hingga kekubur.



sumber dari: ez-zumar.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment