Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari 
lima surah dalam Al-Quran.
Tiap-tiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh 
buah huruf "Qaf" (kaf besar), sebab itu ayat lima ini boleh juga disebut dengan 
ayat 50 Qaf. Ayat ini boleh digunakan sebagai penolong dan pendinding 
diri. 
+ Al-Baqarah ayat 246+ Ali-Imran ayat 181+ An-Nisaa ayat 77+ Al-Maaidah ayat 27+ Ar-Ra'd ayat 16
 Rahsia/Khasiat yang besar sekali ertinya, 
diantaranya ialah:
ü Sayyidah Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menerangkan bahawa bila ayat lima dituliskan di dalam bekas, kemudiaan diisi dengan air dan airnya diminum pada hari Jumaat, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur hadiah keyakinan dan kasih sayang.
ü Jika seorang pemimpin selalu membaca ayat lima ini, maka akan ditetapkan hatinya oleh Allah, diberi pengaruh serta kekuataan dan patuh kepadanya oleh semua orang-orang pimpinannya.
ü Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka Allah akan memecahbelahkan kekuatan musuh.
ü Dipelihara dari kekejamannya dan tipu daya. Ayat lima adalah dinding dari kejahatan manusia, jin dan syaitan.
ü Salman al-Farisi r.a berkata: "Rasulullah saw mengajarkan kepadaku ayat lima," kemudian baginda berkata, "Siapa yang membaca dan mengamalkannya Allah akan melanjutkan usianya, mengampuni dosanya dan mudah tercapai apa yang dikehendakinya."
Keterangan ini diambil dari Tafsir Al-Arais. Saya petik dari buku risalah amalan harian tulisan Amiruddin Faatih dan mungkin boleh rujuk [di sini]. Berikut adalah surah-surah AYAT LIMA, semoga dapat memudahkan kalian untuk merujuk dan diamalkan dalam kehidupan hariaan.
Boleh juga dengar AYAT LIMA [di sini].
Maksudnya: 
Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani 
lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi 
mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang 
(bersama-sama dengannya) pada jalan Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah 
harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?," Mereka 
berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami 
telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila 
perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali 
sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan 
orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah: 
246)
Maksunya: 
Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang 
mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami 
(Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh 
Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan 
kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar mu. (Ali-Imran: 
181)
Maksudnya: 
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang 
(pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak 
melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta 
berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila 
mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun 
kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih 
gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, 
mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak 
biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah 
(wahai Muhammad): "Harba benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah 
sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih 
baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal 
selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun". (An-Nisaa: 77)
Maksudnya: Dan 
bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam 
(Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua 
mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). 
Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima 
(korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan 
membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari 
orang-orang yang bertaqwa; (Al-Maaidah: 27)
Maksudnya: 
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan 
langit dan bumi?" Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian, patutkah 
kamu menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai Pelindung dan Penolong, 
yang tidak dapat mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan tidak 
dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi: "Adakah sama, orang yang buta 
dengan orang yang celik? Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau 
adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi Allah itu telah mencipta 
sesuatu seperti ciptaanNya, sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran 
kepada mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, 
dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa". (Ar-Ra'd: 16)
 ..............................................................................................................................................
Allah 
yang berkuasa untuk melaksanakan apa yang dikehendaki.
Allah 
yang Maha Kuat tidak memerlukan orang untk menolong-Nya.
Allah 
Maha Perkasa kepada orang yang melampaui batas dan orang yang 
berdosa.
Semoga 
Maha Suci menunjukkan kepada orang yang dikendaki.
Allah 
Maha terus-menerus mengurus makhluknya dengan memberi rezeki kepada orang yang 
dikehendaki, rezeki kekuatan. 
sumber dari: elilhusna.blogspot.com/
 
 
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment