Saturday, 22 February 2014

berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila tiba waktu maghrib






Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya )"

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

Aishah r.a menceritakan bahawa Nabi SAW apabila mengadu sakit, baginda SAW akan membaca ke atas dirinya surah al-Falaq dan al-Nas kemudian menghembuskannya. (Mafhum hadis riwayat Muslim)


# Sentiasa berzikir kepada Allah

# Apabila menuang air panas, sebutlah Allah atau membaca “istia’zah”
أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ dan Basmalahبسم الله الرحمن الرحيم

Dua lafaz ini adalah amat penting dalam kehidupan setiap Muslim lelaki atau wanita. Ia hendaklah diamalkan sepanjang masa walaupun wanita itu dalam keadaan uzur syarie (period).

# Jangan menuang air panas dalam tandas kerana tandas adalah tempat jin dan syaitan. Begitu juga ke dalam lubang.

# Apabila masuk bilik yang gelap, sebutlah “Basmalah”.

# Jangan kencing ke dalam lubang kerana ia tempat tinggal jin.

# Jangan tidur seorang diri. Jika terpaksa tidur serorang diri, maka hendaklah berwuduk dan membaca zikir tidur.

# Jangan menyakiti anjing atau kucing.

# Jangan membunuh ular yang berada di rumah. Hendaklah memberi amaran selama tiga hari.

# Jangan berjalan seorang diri di padang pasir atau hutan belantara.
 
# Mengamalkan bacaan surah-surah pilihan seperti surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah al-Nas dan ayat Kursi.

# Hidupkan suasana al-Quran di dalam rumah.

# Menyebut zikir
لا إلهَ إلاّ اللّهُ seratus kali setiap hari. Dalam hadis diceritakan bahawa sesiapa yang membawa seratus kali : Tiada Tuhan selain Allah

“Tiada tuhan selain Allah. Allah yang esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan segala pujian. Dan Dia berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Maka antara fadilatnya ialah diperlihara daripada syaitan pada hari itu. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).

# Sentiasa membaca ayat-ayat yang mengandungi makna bagi membatalkan sihir seperti surah al-A’raf : 118 dan 119, surah Taha : 69.

# Makan ubat tertentu seperti tamar. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang makan setiap pagi buah tamar ‘Ajwah maka tidak akan memudaratkannya oleh racun dan sihir pada hari itu hingga malam hari”. (Mafhum hadis riwayat Bukhari).



sumber dari: rahsiadankonspirasidunia.blogspot.com

No comments:

Post a Comment