Wednesday, 20 November 2013

Allah SWT bersumpah dengan MASA







DEMI MASA. Satu ingatan yang cukup hebat dari Allah SWT buat makhluk yang bernama MANUSIA. Hanya manusia sahaja yang faham makna MASA dan kepentingan MASA kepada mereka. Mengapa Allah swt bersumpah dengan MASA ? MASA dibicarakan secara serius oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Ashr yang HANYA mengandungi  3 ayat.

Subhanallah wa Masya Allah. Jika difahami dan dimengertikan dengan akal juga hati, pasti mengundang ketaqwaan dan tunduk kepada kehebatan Allah SWT yang mencipta MASA. Mari dan cuba hayati serta fikirkan sendiri maksud satu persatu tentang hebatnya rangkai kata kalam Allah SWT buat kita- MANUSIA yang BERFIKIR.





Malahan Allah SWT juga bersumpah dengan nama daripada makhluk-makhluk besar dan hebat ciptaan-Nya yang lain seperti Asy-Syam (Matahari), Adh-Dhuha (cahaya waktu pagi), al-Qamar (Bulan), an-Nahaar (Siang), Al-Lail (Malam), as- Samaa’ (langit), al-Ardh (Bumi), al-Buruj (gugusan bintang)  dan banyak lagi. Kenapa ?

Ya…saya yakin anda tahu sebabnya bukan? Kerana… semua makhluk tersebut sangat relevan dengan MASA.  Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mencipta, mengawal peredaran dan perjalanan mereka melalui orbit yang diatur secara SUNATULLAH. Allah SWT mengingatkan kita melalui “mereka” tentang MASA.

MASA adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat penting.  “Demi MASA” – satu bentuk sumpah yang mengkagumkan. Allah bersumpah dengan MASA yang melekat kepada kehidupan manusia dan semua makhluk  ciptaannya. Tiada yang terlepas dari MASA.


Terdapat tanggungjawab di dalamnya.  “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian” – jika kita leka dan terbuai santai oleh warna warni dunia ini tanpa memahami tiap wujudnya kitaran masa disekeliling kita. Penciptaan manusia tidak sia-sia tetapi untuk beribadah dan menuruti perintah Allah SWT, Firman Allah dalam surah adz-Dzariyyat ayat 56.



sumber dari: webctfatimah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment