Friday, 26 July 2013

Inskripsi mengenai Abrahah







Apa yang ditulis pada batuan di atas adalah inskripsi yang menerangkan kejayaan seorang panglima bernama Abrahah. Sememangnya tiada langsung pernyataan tentang kemusnahan tentera Abrahah diserang burung Ababil mahupun keinginan mereka memusnahkan Kaabah. Akan tetapi, daripada sudut yang lain, ia menunjukkan watak Abrahah memang wujud dan sememang seorang yang mempunyai ego yang tinggi. 

Daripada sudut yang lain, ia menunjukkan inskripsi ini bukan dicipta atau direka oleh seseorang yang memiliki pengetahuan tentang al-Quran atau hadis kerana tiada pernyataan tentang Nabi Muhammad atau datuknya, Abdul Mutallib. Inskripsi ini kemungkinan besar ditulis oleh seseorang atas arahan Abrahah sendiri. Di bawah adalah maksud inskripsi tersebut:

Dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa, dan juruselamat(Messiah) Raja Abrahah Zeebman, Raja Saba’a, Zuridan, dan Hadramaut dan Yaman dan puak-puak  gunung dan pantai menulis ayat-ayat ini ke medan perang menentang puak Ma’Iklan, pertempuran al-Rabiya dan pada bulan ”Dhu al Thabithan” , berjuang semua Bani A’amir dan melantik Raja Abi Jabar dengan Kinda dan Al-Bishar bin Hasan dengan Sa’ad,  Murad, dan Hadramaut di hadapan tentera menentang Bani Amir dari Kinda dan Al di lembah Zu Markh dan Murad dan Sa’ad di lembah Manha dalam perjalanan untuk Serban dan membunuh dan menawan dan mengambil harta rampasan dalam kuantiti yang besar dan Raja berperang di Halbandan mencapai Ma’ad dan mengambil harta rampasan dan banduan, dan selepas itu, menakluk Omro bin al-Munzir (Abrahah) yang dilantik anak (Omro) sebagai pemerintah dan kembali dari Hal Ban (halban) dengan kuasa yang Maha Berkuasa dalam bulan A’allan Zu pada tahun 62 dan 600. ”


sumber dari: takusahrisau.wordpress.com

No comments:

Post a Comment