Monday, 29 July 2013

Binasalah kedua tangan Abu Lahab







Abu Lahab anak kepada Abdul Mutalib , adik beradik Abdullah , bapa kepada Nabi . Beliau sangat gembira dengan kelahiran nabi sehingga melonjak-lonjak kegembiraannya . Nama sebenarnya ialah Abdul Uzza ( Uzza adalah nama berhala yg utama pada ketika itu ) berbadan gemuk dan berkulit putih kemerah-merahan . Bukan setakat itu saja Abu Lahab membebaskan seorang hambanya sempena kelahiran nabi ,hamba yg dibebaskan itu bernama Thuaibah As-Aslamiayah . setelah Thuaibah bebas Abu Lahab mengarahkan bekas hambanya itu menyusukan anak saudaranya itu sebelum menemui penyusu upahan .

Walaubagaimanapun Thuaibah menjadi hambanya kembali kerana Thuaibah banyak berhutang dengan Abu Lahab dan dia tidak mampu membayarnya hutang tersebut . Perkara yg sama juga terjadi kepada anak pembesar Quraisy iaitu Ass bin Hasyim ,beliau menjadi hamba Abu Lahab kerana kalah berjudi kemudian di bebaskan oleh Abu Lahab dengan syarat menggantikan beliau pergi berperang di Badar ,Abu Lahab terlepas drp mengikuti perang tersebut yg mana pada ketika itu semua pembesar Quraisy wajib mengikuti perang itu.

Ketika Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ,nabi pernah meminta isterinya membebaskan Thuaibah kerana jasanya itu ,akan tetapi Abu Lahab tidak mahu menjualnya . Kita berbalik dengan kegembiraan Abu Lahab terhadap kelahiran nabi ,beliau sanggup mengorbankan beberapa ekor unta pada hari ketujuh kelahiran nabi sebagai akikah .Inilah permulaan sambutan Maulidur rasul .rupa-rupanya yg memulakan sambutan itu ialah Abu Lahab .

Setelah Nabi mempunyai anak-anak perempuan , Abu Lahab menjodohkan anak-anak lelakinya dengan putri - putri nabi iaitu anak sulungnya yg bernama Utbah dijodohkan dengan Ruqaiyah ,manakala anak yg keduanya Utaibah dgn Ummu Kalsum .Abu Lahab melakukan demikian kerana beliau amat kasih dengan nabi dan mengenangkan adiknya iaitu Abdullah dan juga bapa kepada nabi . Namum apabila Muhammad dilantik menjadi nabi dan rasul akhir zaman , Abu Lahab menentangnya dengan keras dan mengarahkan kedua anak lelakinya itu menceraikan isteri-isterinya ,mereka berdua menceraikan sebab hati anak Abu Lahab sama hitam dengan hati bapanya .

Ketika Utaibah menghantar isterinya ke rumah nabi ,beliau telah mengambil kesempatan untuk menendang pinggang nabi sehingga nabi terjatuh . Nabi dengan penuh kesabaran bersabda

" Wahai Utaibah nanti kamu akan di baham oleh salah satu drp singa-singa Allah "

Abu Lahab yg mengetahui perkara itu amat yakin dengan kata-kata anak saudaranya itu , sehinggakan Abu Lahab mengarahkan Utaibah tidur sahaja semasa perjalanannya ketika hendak berniaga . Utaibah diarahkan tidur di tengah-tengah rombongan itu . Abu Lahab berfikir sekiranya ada sekawanan singa nanti sudah tentulah mereka akan menghalang dan membunuhnya sebelum sempat singa itu membaham anaknya itu .

Sampai dipertengahan jalan tiba -tiba keluarlah sekawanan singa dan salah satu di antara singa itu melompat lalu menerkam Utaibah yg sedang nyenyak tidur .singa itu dengan mudah dapat mematahkan leher Utaibah lalu Utaibah pun terus mati di situ serta merta . Singa itu tidak mengganggu ahli rombongan yg lain dan terus menghilangkan diri selepas itu.

Abu Lahab adalah satu-satunya manusia yg dirakamkan di dlm Al- Quran yg telah di kutuk dan dilaknat oleh Allah iaitu di dlm SURAH AL LAHAB /AL MASAD

Abu Lahab adalah jiran nabi s.a.w ,beliau juga pak cik nabi s.a.w , beliau juga besan nabi s.a.w kerana kedua anak lelakinya yg bernama Utbah dan Utaibah dikahwinkan dengan dua putri nabi s.a.w iaitu Ruqayyah dan Ummu Kalthum . Utbah memperisterikan Ruqayyah dan Utaibah memperisterikan Ummu Kalthum .

Beliau berbadan besar dan gemuk, panas baran dan sangat lekas marah . Beliau berkata kepada Nabi s.a.w

" Sungguh celaka kamu disepanjang hari ini ,hanya untuk inikah kamu mengumpul kami di rumahmu ini ? "

Abu Lahab tunduk untuk mengambil batu tujuannya ialah digunakan untuk membaling Nabi s.a.w tetapi hasratnya di batalkan lalu beliau meletakkan kembali batu tersebut .

Nabi s.a.w yg ulul azmi itu hanya diam sahaja mendengar cercaan bapa saudarnya .Baginda amat sedih mendengar cercaan pak ciknya itu . padahal sebelum ini pak ciknya itu amat menyayangi baginda . beliau sanggup mengkahwinkan anak-anak lelakinya dengan putri -putri nabi s.a.w. tetapi kasih sayang itu sudah terlerai .Sesungguhnya kasih sayang yg hakiki adalah kasih sayang kerana Allah s.w.t.

Apabila ahli keluarga nabi yg lain melihat peristiwa itu ,hati mereka berbelah bagi terhadap Abu Lahab ., perasaan hormat kepadanya hampir lebur .

Abu Lahab tidak berhenti setakat itu sahaja ,beliau menyambung dengan cercaan yg lain .....

" Selama ini aku belum pernah melihat seorang yg datang dari keturunan orang tuanya ( Abdul Mutalib) dan kaumnya ( Bani Hasyim)lebih keji dengan apa yg engkau bawakan dan perlihatkan ini !"

Allah s.w.t pada ketika itu telah menurunkan wahyu yg berbunyi dan maksudnya ..

Celakalah dua tangan Abu Lahab ! , memang dia sangat celaka ! - ayat 1 , surah Al Lahab

Mendengar sahaja perkataan itu drp anak saudaranya ,Abu Lahab menjawab ..

Jika apa yg dikatakan Muhammad itu benar maka aku tebus diriku dengan harta dan anak-anakku !

Lalu turunlah wahyu Allah lagi

Tidaklah berguna daripadanya ( Abu Lahab ) harta bendanya dan segala usahanya " - ayat 2 , surah Al Lahab .

Mendengar sahaja wahyu Allah s.w.t mengutuk dan melaknat dirinya ,maka beliau mula membuat kacau di dalam majlis Rasulallah s.a.w itu , sehingga Nabi s.a.w terpaksa membubarkan majlis itu .Para ahli keluarga baginda yg lain merasa simpati di atas kesedihan yg ditanggung oleh nabi s.a.w dan pembubaran majlis tersebut .....


sumber dari: insanberdakwah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment