Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:
“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”
Adapun dua ayat tersebut ialah :
| 
 | 
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ 
إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ 
وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ 
سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ 
 
285 . Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan 
kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada 
Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. 
(katanya): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari 
Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan 
keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali. 
 | 
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً 
إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ 
تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا 
إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ 
تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا 
وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 
 
286 . Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang 
terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia 
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! 
Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai 
Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana 
yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai 
Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya 
memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada 
kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan 
terhadap kaum yang kafir. 
 | 
Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)
Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.
sumber dari: kinokatsu.wordpress.com
No comments:
Post a Comment