Friday, 17 August 2012

kelebihan surah ad dukhan






Assalammualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Sedikit perkongsian yang AKAR (Ahli Kariah ArRaudah) ingin kongsikan bersama2 tentang kehebatan dan kelebihan Surah Ad Dukhan yang pastinya ada diantara kita ini tidak pun mengetahuinya atau mungkin terlepas pandang atas mukjizat yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kekasihnya Muhammad saw dan seterusnya diwarisi oleh satu umat yang paling hebat dimuka bumi Allah swt ini, iaitu kita, umat ISLAM.
Surah Ad Dukhan yg beerti asap adalah surah yg ke 44 didalam al quran,mengandungi 59 ayat.ia dinamakan Ad dukhan kerana mengandungi amaran Allah swt terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad saw bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.
terdapat beberapa hadis rasulullah saw yg menyatakan fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini,diantaranya hadis yang bermaksud
'Diriwayatkan oleh At Tirmizi dari Abi Hurairah bahawa sesiapa yang membaca surah 'haa miim ad dukhan' setiap malam,maka pada esok harinya 70,000 malaikat memohon keampunan baginya'
'Diriwayatkan oleh At Tabrani dari Umamah bahawa sesiapa yg membaca surah ad dukhan pada malam atau hari jumaat maka allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga'
Diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari Khalil bahawa didalam al quran terdapat 7 surah yg dimulai dengan haa miim , akan datang didepan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada allah swt dengan katanya "ya allah swt ..janganlah engkau masukkan kedalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku'
'Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa rasulullah saw bversabda "sesiapa membaca haa miim ad dukhan pada malam jumaat maka diberi keampunan baginya (hr ibnu katsir)
'Rasulullah saw bersabda sesiapa yang berjalan disuatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan ,maka allah swt akan memudahkan baginya jalan ke syurga (hr muslim)'
Abu Hurairah r.a berkata bahawa rasulullah saw bersabda yang bermaksud
  • siapakah yang sudi mengambil dari diriku 5 wasiat itu lalu ia mahu mengamalkannya atau mengajarkan kepada orang yang bersedia mengamalkannya ? maka aku menjawab "saya,ya rasulullah saw " maka beliau pun seraya memegang yakni menjabat tanganku lalu beliau menghitung 5 kali sambil bersabda
  • jagailah lidahmu dari perbuatan yang haram nescaya kamu menjadi orang yg paling baik dalam beribadah
  • dan puaslah terhadap kurnia yg dilimpahkan allah kepada kamu maka tentu kamu akan menjadi orang yang paling kaya
  • dan berbuat baiklah kepada tetangga kamu nescaya kamu akan menjadi seorang mukmin yang sejati
  • dan cintailah manusia sesama kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu,nescaya kamu akan menjadi seorang muslim yang sempurna
  • dan janganlah banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati


Jadi diharapkan agar kita semua dapat lah memanfaatkan mukjizat yang diturunkan oleh Allah swt khusus kepada umat Muhammad saw. Semoga ianya menjadi iktibar dan dapat dijadikan ilmu yang bermanfaat kelak...wassalam.


sumber dari:ar-raudah.com

No comments:

Post a Comment