Friday, 11 April 2014

Solat Sunat Tasbih






Solat sunat tasbih bertujuan mengakui kesucian Allah S.W.T dari segala yang tidak layak bagiNya atau kekurangan padaNya. Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam mengamalkannya setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali, atau setahun sekali, ataupun paling kurang sekali seumur hidup.

Fadilat atau kelebihan solat Tasbih ini ialah ia dapat mengampunkan dosa yang lama atau yang baru, dosa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dan dosa yang tersembunyi atau terang.

Bilangan rakaatnya ialah empat. Jika dilakukan waktu siang lakukan 4 rakaat 1 salam. Jika dilakukan pada waktu malam, 4 rakaat 2 salam.

Niat solat Tasbih : Sahaja aku solat sunat Tasbih dua/empat rakaat kerana Allah Taala.
Surah-surah yang elok dibaca selepas bacaan Fatihah :

Rokaat 1 : At-Takaathur (Alha kumuttaka…)
Rokaat 2 : Al ‘Asr (Wal ‘ashri…)
Rokaat 3 : Al Kafiruun (Qul ya ai yuhal kaafiruun...)
Rokaat 4 : Al Ikhlas (Qul huwallah hu ahad…)

Bacaan tasbih adalah seperti berikut:

Bilangan tasbih yang dibaca berjumlah 300 kali iaitu 75 kali bagi satu-satu rakaat.
Masa Bacaan Bacaan Tasbih
Selepas membaca Surah sebelum rukuk 15 kali
Dalam rukuk selepas membaca Tasbih biasa 10 kali
Selepas bangun dari rukuk dan sebelum sujud dan selepas membaca Tahmid dalam iktidal 10 kali
Dalam sujud selepas membaca Tasbih biasa 10 kali
Semasa duduk antara dua sujud selepas membaca Doa 10 kali
Dalam sujud ke dua selepas membaca Tasbih biasa 10 kali
Duduk sebelum bangun bagi rokaat pertama dan ketiga dan selepas tahiyat awal dan akhir bagi sembahyang 4 rokaat 1 salam. Duduk sebelum bangun bagi rokaat pertama dan selepas tahiyat akhir bagi sebahyang 4 rokaat 2 salam 10 kali
Jumlah 75 kali

Secara ringkasnya, tasbih tersebut perlu dibaca pada penghujung pergerakkan solat sebelum melakukan pergerakkan yang berikutnya.

Doa selepas solat tasbih :

Ya Allah, ya Tuhan Kami, kami memohon taufik daripada-Mu sepertimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjukdan jadikan amalan kami ini sepertimana amalan ahli yakin dan jadikan kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami sepertimana orang-orang yang sabar dan gementar kami sepertimana orang-orang yang takut dan kami memohon sepertimana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti ibadat orang-orang yang warak dan jadikan pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu, sebagaimana amalan yang kami merasa perlu mendapat keredaan-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepada-Mu dalam setiap perkara dan kami memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.



sumber dari: al-ahkam.net/home/

No comments:

Post a Comment