Wednesday, 16 April 2014

Di Sebalik An-Nasr







Assalamulaikum and hello all :)

Dulu masa sekolah, dalam mata pelajaran Pendidikan Islam selalu sebut bahawa bahasa Al-Quran itu indah, sampaikan para penyair Arab pada zaman tersebut tak dapat menandingi keindahan Al-Quran. Dan.. dari situ saya selalu wonder di mana indahnya Al-Quran tu. Saya baca terjemahan Al-Quran, saya rasa biasa je. Ditambah pulak bila baca terjemahan bahasa Indonesia yang kadang-kadang saya tak faham.. ermmm lagilaaaa. Yeah, that was me during my jahilliyah times. Saya tak boleh relate dan sometimes saya terasa bosan baca Al-Quran.
"Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang setanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percayaboleh menolong kamu selain Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar"
Al-Baqarah 2 : 23
Bukan sahaja Al-Quran, dulu time kecil kecil bila disuruh solat, saya tak faham kenapa kita kena solat? Selalunya bila disuruh solat (ni masa umur 8-9 tahun) saya akan ambil wudhu, masuk bilik, duduk dalam bilik agak agak lama sikit then keluar bagitahu mak saya dah solat. Siap betul betulkan telekung sembahyang bukti dah solat. Lupa pulak ada Yang Maha Melihat sedang tengok saya.

Haisyhh..Saya memang terlambat, rugi rasanya tak bermula dari awal. Bila dah besar dan sedikit matang, Alhamdulillah dah faham banyak perkara yang saya tak faham masa kecil kecil dulu.

Ada banyak aspek indahnya Al-Quran tersebut. Salah satunya yang saya rasa amazed, adalah setiap ayat, perkataan malah baris ada makna atau perkara yang tersirat di sebaliknya.

Sebenarnya entry hari ni bertujuan nak cerita kisah sepupu Rasulullah SAW, bernama Abdullah Ibnu Abbas yang saya dapat dari program anjuran akak akak usrah semalam. Mula mula nak cerita kisah ni je tapi sekali korang dihidangkan dengan kisah sedih zaman lalu saya pulak heheh

Okay, back to our story. Ce try baca surah An-nasr. Apa yang korang rasa bila baca surah ni. Dulu waktu kecik-kecik hafal, "Iza jaaa anasrullahi wal fath..." tanpa perasaan je. Semalam baru nak tersentak enn...
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat"An-nasr 110 : 1-3
Kalau at first glance baca surah ni, satu perkara yang masuk dalam kepala adalah kisah kejayaan dalam pembukaan kota Makkah. Begitu juga yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW. Saidina Umar bertanya sekumpulan sahabat sahabat dan bertanya pendapat mereka berkenaan Surah An-Nasr tersebut. Semuanya menyatakan kejayaan, kemenangan pertolongan Allah dan sebagainya. Umar kemudian bertanya pada Ibnu Abbas yang pada masa tersebut umurnya hanya belasan tahun. Apa pendapat beliau, adakah sama seperti para sahabat yang lain.

Ibnu Abbas menjawab, tidak. Lalu beliau pun berkata lagi, "Surah An-Nasr ini memang dimaksudkan kejayaan dan kemenangan namun ianya juga membawa mesej Nabi SAW akan wafat"

Kenapa begitu? Tujuan Rasulullah diutuskan adalah untuk berdakwah dan berjihad di jalan Allah untuk mengajak serta memanggil orang ke jalan Allah dan apabila ramai yang memasuki Islam maka tugas Nabi SAW telah selesai dan pada waktu itu, tibalah masanya Nabi untuk wafat. Dan memang benar, selepas beberapa bulan, Rasulullah SAW pun pulang ke rahmatullah.

See! banyak lagi kisah dan makna yang tersembunyi di sebalik baris baris Al-Quran. Sesunnguhnya ilmu Allah itu luas, lebih banyak kita belajar lebih kita sedar terlalu banyak perkara yang kita tak tahu.
"Dan sekiranya semua pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta) ditambhakan kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nesacaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
Luqman 31 : 27
So, jangan sesekali berasa bangga dengan ilmu yang kita ada. Be humble and gain more knowledge. There's nothing to be proud of when you have those tittle of Ir or Dr in front if we know nothing about our own religion.
"Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telingannya; maka gembirakanlah dia dengan azab yang tidak terperi sakitnya"
Luqman 31 : 7
Let's learn more about this beautiful Al-Quran.
Reminding you and reminding myself just in case we forgot.


sumber dari: izyanhamizi.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment