Wednesday, 16 April 2014

Masjid AnNasr Palestin







3 Ogos 2012 - Post aku kali ni adalah berkenaan kisah benar dan kisah hati dari Semenanjung Gaza, Palestin. Aku dapat maklumat dan gambar2 ni daripada pihak MAPIM, Tuan Haji Aziz yang telah hadir ke Program Ceramah Nilai-Nilai Murni di AGC pada pagi tadik. Tujuan aku post ini adalah untuk berkongsi kisah benar di Semenanjung Gaza. Gambar serta fakta-fakta post kali ni, aku ambil dari Slide Tuan Haji Aziz, MAPIM.
Gambar diatas ialah gambar Masjid AnNasr di Semenanjung Gaza yang telah dimusnahkan oleh zionis. Usaha sama pihak MAPIM dan rakyat malaysia telah berjaya membangunkan semula masjid tersebut.
Sedikit Latar bekalang Masjid : Di bina pada 637H dizaman kerajaan Mamluk. Pada tahun 2006, zionis Israel telah menyerang dan mengebom masjid ini atas sifat balas dendam.
Sejak itu (2006), rakyat di daerah Beith Hanoun, Utara semenanjung Gaza seramai 45,000 orang bersolat di atas runtuhan masjid ini kerana tiada dana untuk pembinaan semula masjid tersebut.
Pada 23 Januari 2011, 2 orang wakil dari daerah Beith Hanoun telah datang menemui pihak MAPIM dan merayu sumbangan utk pembinaan semula masjid ini.
 
Tanggal 8  Februari 2011, projek pembinaan masjid berkembar antara Masjid An-Nasr dengan Surau An-Nur di Bandar Baru Bangi dilancarkan. Oh ya tentang pembinaan berkembar dengan surau An-Nur di Bangi ni, aku tak banyak info, kalau sahabat2 semua nak tahu, kene contact Tuan Haji Aziz ye... hehe... Gambar diatas : Papan tanda dibina untuk pembinaan masjid baru hasil usaha MAPIM. Cer tengok tempoh projek yang ditulis pada papan tanda tu...
Kerja-kerja pembinaan dimulakan sebaik saja dana yakni, hasil sumbangan rakyat Malaysia yang budiman (Khususnya penduduk di Bandar Baru Bangi dan sekitarnya) disampaikan kepada pihak Masjid di Gaza.
Kerja-kerja sedang giat dijalankan.. 
Tekun, rakyat palestin ikhlas dalam usaha utk membangunkan semula masjid tersebut.
Underconstuction... cer tgk tong air tu.. aper yang tertulis? pass tu cer bayangkan plak aper yang tertulis di tong2 seumpama itu di malaysia.. jauh bezanyer kan...
MAPIM bersama pihak Masjid di Gaza menyerahkan dana sambil melawat tapak masjid..
Pemandangan dari atas.... tingkat 3 masjid..
Bendera palestin..
dah nk siap.
3 Tingkat.. sesuai dengan jumlah jemaahnyer.. tu pun kira tak muat lagik tu...
Kerja-kerja akhir dijalankan sebelum masjid beroperasi sepenuhnya.
Siap!!!!!!
 
Jumlah kutipan dana Masjid ini...
16 Mac 2011 - RM74k
12 Mei - 2011 - RM89k
12 Julai 2011 -RM146k
19 Ogos 2011 - RM330k
27 Oktober 2011 - RM56,880k
17 November 2011 - 57,816k
15 Disember 2011 - RM120k
22 Januari 2011 - RM78k
Jumlah RM951,696k
 
JAZAKALLAH PADA SEMUA PEMYUMBANG PEMBINAAN SEMULA MASJID AN-NASR DI BEITH HANOUN. HANYA ALLAH SWT YANG MAMPU MEMBALASNYA DAN DI KIRA SEBAGAI AMAL JARIAH DI AKHIRAT NANTI.
 
 
Tuan Haji Aziz bersama Pemimpin Hamaz, Dr.Ismail Hanieyah. Projek Masjid An-Nasr telah siap dibina. Kini, Pihak MAPIM sedang mengumpul dana untuk projek pembinaan masjid yang kedua iaitu Masjid Umar dan juga pembinaan semula Hospital di Gaza yang telah di bom oleh zionis israel. Ketahuilah, zionis adalah musuh islam. mereka akan ttp memusuhi umat islam. Marilah kiter bangkit utk membantu Rakyat Palestin.. Hulurkan dana, untuk saham akhirat  anda..



sumber dari: anna-insan.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment