Friday, 6 July 2012

masuk rumah baru






Azan
laungkan azan bila pertama kali masuk rumah baru.


Bacakan Surah Al-Baqarah
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah Kamu menjadikan rumah kamu sebagai kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".


Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
di dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda:
"Sinarilah rumah mu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran"
-Riwayat Al-Baihaqi.


Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutama 7 malam yang pertama



janganlah membenci







كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ


216 . Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.



sumber dari: hanizz.wordpress.com

haram merokok







وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

195 . Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


Fatwa Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Merokok haram hukumnya berdasarkan makna dari zahir ayat Al-Quran dan As-Sunnah serta iktibar (logik) yang benar. Allah berfirman (yang bermaksud), "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri dalam kebinasaan." (Al-Baqarah: 195).

Maknanya, janganlah kamu melakukan sebab yang menjadi kebinasaanmu. Wajhud dilalah (aspek pendalilan) dari ayat di atas bermaksud merokok termasuk perbuatan yang mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan.

Sedangkan dalil dari As-Sunnah adalah hadis sahih dari Rasulullah Sollallahu Alaihi Wasallam bahwa beliau melarang membazirkan harta. Makna membazirkan harta adalah memperuntukkannya kepada hal-hal yang tidak bermanfaat. Sebagaimana dimaklumi bahwa memperuntukkan harta dengan membeli rokok adalah termasuk pengperuntukan harta pada hal yang tidak bermanfaat, bahkan peruntukan harta kepada hal-hal yang mengandung kemudaratan.

Dalil yang lain, Rasulullah Sollallahu alaihi Wasallam bersabda, "Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain." (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).
Jadi, menimbulkan bahaya (dharar) adalah ditiadakan (tidak berlaku) dalam syari'at, baik bahayanya terhadap badan, akal, ataupun harta. Sebagaimana dimaklumi pula merokok adalah berbahaya terhadap badan dan harta.

Adapun dalil dari iktibar (logik) yang benar yang menunjukkan keharaman rokok adalah kerana dengan perbuatan itu perokok mencampakkan dirinya ke dalam hal yang menimbukan bahaya, rasa cemas, dan keletihan jiwa. Orang yang berakal tentu tidak rela hal itu terjadi pada dirinya sendiri. Alangkah tragisnya keadaannya, dan demikian sesaknya dada si perokok bila tidak menghisapnya. Alangkah berat ia melakukan puasa dan ibadah-ibadah lainnya kerana hal itu menghalagi dirinya dari merokok. Bahkan, alangkah berat dirinya berinteraksi dengan orang-orang saleh kerana tidak mungkin mereka membiarkan asap rokok mengepul di hadapan mereka. Oleh itu anda akan melihat perokok demikian tidak selesa bila duduk dan berinteraksi dengan orang-orang saleh.

Semua iktibar itu menunjukkan merokok hukumnya diharamkan. Oleh itu, nasihat saya untuk saudara-saudara kaum muslimin yang masih didera oleh kebiasaan menghisap rokok agar memohon pertolongan Allah dan tekad untuk meninggalkannya. Ini kerana di dalam tekad yang tulus disertai dengan memohon pertolongan Allah, mengharap pahala dari-Nya dan menghindari siksaan-Nya, semua itu adalah amat membantu di dalam usaha meninggalkan hal tersebut.

Jawapan Atas Berbagai Dalihan

Jika ada orang yang berdalih, "Sesungguhnya kami tidak menemukan nas, baik di dalam kitabullah ataupun sunnah Rasulullah Sollallahu alaihi Wasallam perihal haramnya rokok."

Maka, jawapan atas kenyataan ini kita nyatakan nas-nas Al-Quran dan sunnah terdiri dari dua jenis;
  1. Jenis yang dalil-dalilnya bersifat umum seperti Adh-Dhawabith (ketentuan-ketentuan) dan kaedah-kaedah yang mencakup perincian yang banyak sekali hingga hari kiamat.
  2. Jenis yang dalil-dalilnya memang diarahkan kepada suatu itu sendiri secara langsung.


Bagi jenis pertama, ayat Al-Quran dan dua hadis yang kami sebutkan di atas yang menunjukkan keharaman merokok secara umum meskipun tidak diarahkan secara langsung kepadanya. Manakala bagi jenis kedua, ialah fiman Allah (yang bermaksud), "Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah." (Al-Maidah: 3).

Dan firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum khamr, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dari amalan syaitan. Maka, jauhilah perbuatan-perbuatan itu." (Al-Maidah: 90).

Jadi, baik nas-nas itu termasuk jenis pertama atau kedua, ia bersifat keharusan bagi semua hamba Allah kerana dari sisi pengambilan dalil menunjukkan hal itu.

Sumber: Program Nur 'alad Darb, dari Fatwa Syekh Muhammad bin Shaleh Al-Utsaimin, dari kitab Fatwa-Fatwa Terkini 2.



sumber dari: lurim.blogspot.com

isu H1N1







يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللّهِ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىَ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُواْ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَـئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

217 . Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepada-Nya, dan juga perbuatan menyekat (orang Islam) ke Masjid Al-Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka dapat memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup; dan sesiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).


Penggunaan ayat 217 surah al-Baqarah sebagai dalil menolak cadangan supaya sekatan dibuat kepada jemaah haji dari menunaikan haji jika wabak H1N1 sukar lagi dikawal

Latar belakang isu

Dalam satu wawancara bertajuk “H1N1 : Jangan Halang Tunai Haji “ telah disiarkan oleh surat khabar Utusan Malaysia bertarikh 4 Ogos 2009 berkenaan isu cadangan beberapa pihak ,agar disekat jemaah haji dari menunaikan haji apabila wabak H1N1 memerbahayakan jemaah .Wawancara berkenaan berlaku antara wartawan dengan seorang tokoh masyarakat.Beliau melahirkan tidak bersetuju dengan cadangan menyekat jemaah haji dari menunaikan haji walaupun berlaku wabak penyakit berkenaan dengan berdalilkan ayat 217 surah al-Baqarah.

Penghujahan beliau

Berikut adalah petikan pandangan beliau dengan menggunakan ayat ini sebagai dalil
“Melarang umat Islam menunaikan haji juga adalah berdosa sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidilharam (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah…(al-Baqarah: 217)”

Tinjauan kepada ayat berkenaan

Firman Allah SWT :

Terjemahan firman Allah SWT :
“mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haram (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).” (Surah al-Baqarah(2):217)

Sebab turunnya ayat ini(sabab al- nuzul)

Mengetahui sebab turun ayat sangat penting untuk kita mengetahui maksud ayat berkenaan dan menghuraikan kekeliruan .Al-Wahidi mengatakan bahawa tidak mungkin menafsirkan al- Qur’ān tanpa kita menyelidiki kisah disebaliknya dan latarbelakang penurunannya .Ibnu Daqiq al-‘Id pula mengatakan penjelasan terhadap sesuatu sabab al- nuzul merupakan jalan yang paling mantap untuk memahami makna al- Qur’ān.[3]

Antara faedah kita memahami sabab al- nuzul juga adalah kita akan mengetahui oarng yang dimaksudkan dengan penurunan sesuatu ayat berkenaan dan menjelaskan kesamaran.[4]
Sebab turunnya ayat ini ialah dilatari dengan peristiwa sariah ’Abdullah bin Jahsh sebelum peperangan Badar bersama 8 orang Muhajirin yang telah membunuh ‘Amru bin al-Hadrami ,menawan 2 orang tawanan dan merampas barang dagangan Quraish .Peristiwa ini berlaku disebabkan ’Abdullah bin Jahsh menyangka bahawa mereka masih berada dalam hari terakhir bulan Jamad al-Akhir sedangkan sebenarnya telah masuk hari awal Rejab .Rejab adalah salah satu bulan yang diharamkan berperang di dalamnya.Perbuatan mereka ini pada awalnya tidak dipersetujui oleh Rasulullah SAW menyebabkan celaan demi celaan dilontarkan kepada kumpulan sariah ini dan sudah tentu kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya oleh orang Yahudi dengan menyebarkan di‘ayah bahawa orang Islam telah mencabuli konvensyen tidak boleh berlaku pembunuhan dan peperangan di dalam bulan-bulan Haram.[5]Maka Allah SWT menurunkan ayat ini sebagai penjelasan terhadap isu yang berlaku .

Kaitan ayat ini dengan sebelum dan selepasnya (munasabah bayna al-āyat)

Kaitan ayat ini dengan sebelum dan selepasnya (munasabah bayna al- ayat ) juga penting dalam usaha memahami kehendak ayat berkenaan khususnya untuk kita tidak tersasar dari tema ayat berkenaan.Kemungkinan ayat-ayat berkenaan mempunyai hubungan antara satu sama lain.Lebih-lebih lagi apabila ayat itu sukar difahami jika ia dibaca bersendirian dan terpisah dari yat selepas atau sebelumnya[6]

Apabila ditinjau kepada ayat sebelumnya , ia adalah kesinambungan dari ayat perintah jihad , kerana ayat 216 surah al- baqarah ini menceritakan tentang kewajipan tuntutan jihad itu bila-bila masa sahaja kemudian yang menjadi persoalannya samada perintah itu juga melampaui sekatan tempat seperti di masjid al-haram ,ataupun ia melangkaui sempadan masa seperti bulan-bulan haram berperang .Lebih-lebih lagi peristiwa sariah ’Abdullah bin Jahsh telah mengelirukan sebahagian muslimin dan telah diambil kesempatan oleh Yahudi.Ayat 217 ini adalah menjawab persoalan berkenaan.Namun ia masih dalam suasana menceritakan perihal jihad.

Apabila ayat ini dilihat kaitannya dengan frasa ayat berikutnya , kita mendapati bahawa tabiat orang yang memusuhi Islam ini ialah sentiasa berterusan dan akan bertindak apabila mempunyai peluang [7].

Kesimpulannya ayat-ayat ini masih mempunyai tema jihad dan episod permusuhan antara antara iman dan kufur.

Kefahaman ayat

Adalah difahami dari ayat ini bahawa pembunuhan yang dilakukan dalam bulan Rejab oleh sariah yang diketuai oleh ’Abdullah bin Jahsh disebabkan kesilapan perhitungan tarikh , sebenarnya kalau dibandingkan dengan jenayah orang mushrikin yang selama ini memerangi umat Islam ,menghalang mereka dari jalan kebenaran setelah mereka mengkufurinya , malah menghalau orang Islam dari kampung halaman sendiri adalah jenayah yang jauh lebih serius dari pembunuhan yang dilakukan disebabkan silap perhitungan bukan disengajakan.[8]

Kesimpulan

Perbandingan yang dibuat antara sabab al- nuzul , munasabah bayna al- ayat dan kefahaman ayat dengan kesimpulan yang dibuat untuk menjustifikasikan pandangan menolak cadangan menghalang jemaah haji dari menunaikan haji jika wabak H1N1 tidak terkawal dilihat sebagai menggunakan ayat diluar konteks nya .Apabila merujuk kepada kitab tafsir aliran fiqh pun , kita tidak mendapati isu fiqh yang diperbincangkan mengenai hukum melarang orang Islam dari menunaikan haji ; tetapi perbahasan adalah mengenai samada ayat ini dinasakhkan atau tidak.



sumber dari: muis.ismaweb.net

doa dari Al-Quran untuk kebaikan zuriat



image


رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)

رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim : 35)
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ

Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim : 41)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)


Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.



sumber dari: mahatera.blogspot.com

dua ayat terakhir Al-Baqarah






Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:

“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”

Adapun dua ayat tersebut ialah :


آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

285 . Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan Rasul-rasul-Nya. (katanya): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. Kami pohonkan keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

286 . Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.

 
Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)

Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.



sumber dari: kinokatsu.wordpress.com

penyanyi yang bertaubat






Sesungguhnya berdakwah kepada Allah adalah tugas para Nabi (semoga kesejahteraan dilimpahkan atas mereka), dan jalan para ulama rabbaniyyin, oleh kerana itu berdakwah kepada Allah adalah sebuah amal pendekatan diri kepada Allah yang paling utama, dan paling agung kedudukannya.
Allah berfirman.
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! [Surah Fussilat: Ayat 33]
Dan berdakwah kepada Allah itu, harus benar tujuannya, bersih manhajnya (caranya), inilah jalan dakwah nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan siapa saja yang mengikuti beliau Shallallahu’ alaihi wa sallam dengan baik, sebagaimana firman Allah.
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu.” [Surah Yusuf: Ayat 108]
Sungguh para Salafussoleh kita (semoga Allah merahmati mereka) menempuh jalan ini, mereka menyuruh kebaikan, mencegah kemungkaran dan mengajarkan manusia kebaikan, menyampaikan sejelas-jelasnya melalui pelbagai cara, seperti pengajaran, harta, nasihat, fatwa, undang-undang dan selainnya.

Dan sungguh Salafussoleh telah menegakkan dakwah ini untuk mengharapkan wajah Allah, mereka tidak menginginkan dari manusia balasan dan tidak pula ucapan terima kasih, dan disaat itu juga mereka menetapi keselamatan manhaj dengan mengikuti dan meninggalkan perbuatan bid’ah.

Kebangkitan Islam saat ini memerlukan pengetahuan pada contoh-contoh perbuatan dan fenomena yang nyata dari dakwah Salafussoleh: agar keadaan-keadaan mereka itu menjadi pendorong serta pemberi semangat untuk mencontohi mereka, dan berjalan diatas uslub (kaedah) mereka.
Salah seorang ulama berkata: “Sesiapa yang melihat sejarah Salafussoleh pasti ia mengetahui kekurangannya, dan ketertinggalannya dari darjat seorang manusia”.

Dan makalah ini berisikan fenomena-fenomena dakwah dari kehidupan Salafussoleh, kami akan memaparkannya sebagaimana yang berikut ini.

“Adalah seorang pemuda yang bernama Dzaadzan seorang peminum khamr (minuman keras), dan ia penabuh gendang, lalu Allah memberinya rezeki berupa taubat ditangan Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, maka menjadilah Dzaadzan termasuk orang-orang yang terbaik dari kalangan tabi’in, dan salah seorang ulama yang terkemuka, dan termasuk orang-orang yang masyhur dari kalangan hamba Allah ahli zuhud “[Lihat biografinya dalam Hilyatul Aulia 4 / 199, dan Bidayah wan Nihayah 9 / 74 dan Siyar 'Alamun Nubala 4 / 280]

Inilah kisah taubatnya, sebagaimana Dzaadzan meriwayatkannya sendiri, ia berkata:
“Saya adalah seorang pemuda yang bersuara merdu, pandai memukul gendang, ketika saya bersama teman-teman sedang minum minuman keras, lewatlah Ibnu Mas’ud, maka ia pun memasuki (tempat kami), kemudian ia pukul tempat (yang berisikan minuman keras) dan membuangnya, dan ia pecahkan gendang (kami), lalu ia (Ibnu Mas’ud berkata: “Kalaulah yang terdengar dari suaramu yang bagus adalah Al-Quran itu, maka engkau adalah engaku … engkau”.

Setelah itu pergilah Ibnu Mas’ud. Maka aku bertanya kepada temanku: “Siapa orang ini?” Mereka berkata: “Ini adalah Abdullah bin Mas’ud (sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam)”.
Maka dengan kejadian itu (dimasukkan) dalam jiwaku perasaan taubat. Setelah itu aku berusaha mengejar Abdullah bin Mas’ud sambil menangis, (setelah mendapatinya) aku tarik baju Abdullah bin Mas’ud.

Maka Ibnu Mas’ud pun menghadap kearahku dan memelukku menangis. Dan ia berkata: “Marhaban (selamat datang) orang yang Allah mencintainya”. Duduklah! lalu Ibnu Mas’ud pun masuk dan menghidangkan kurma untukku [Siyar 'Alamun Nubala 4 / 28]

Kita dapat mengambil pelajaran dari kisah diatas, bahawa kita mengetahui kejujuran Abdullah bin Mas’ud dan niatnya yang baik, serta tujuannya yang benar dalam berdakwah kepada Dzaadzan yang menyebabkannya mendapat petunjuk dan bertaubat, sebagaimana dikatakan Abdul Qadir Jailani (561H) semoga Allah merahmati beliau, mengomentari kisah tersebut:

“Lihatlah berkahnya kejujuran (kebenaran), ketaatan dan niat yang baik, bagaimana Allah memberi petunjuk Dzaadzan melalui Abdullah bin Mas’ud kerana kejujuran dan tujuan baiknya, maka seorang yang rosak (perangai dan akhlaknya) tidak akan dapat engkau perbaiki hingga engkau sendiri menjadi seorang soleh (baik) dalam dirimu, takut kepada Tuhanmu jika engkau bersendirian, ikhlas kepadaNya jika engkau bergaul dengan mahluk dengan tanpa berbuat riya ‘dalam tindakan dan tingkahmu, meng-Esakan Allah dalam seluruh hal ini, dan ketika engkau ditambah petunjuk dan bimbingan oleh Allah, engkau menjaga dirimu dari hawa nafsu dan dari penyelewangannya oleh syaitan dari kalangan jin dan manusia, dan (engkau jaga dirimu) dari seluruh kemungkaran, kefasikan, bid’ah dan semua kesesatan, maka akan dihilangkan darimu kemungkaran dengan tanpa dibebani, sebagaimana hal ini terjadi pada zaman kita ini, seseorang mengingkari satu kemungkaran namun terjerumus dalam banyak kemungkaran, dan kerosakan yang besar …. “[Al-Ghunyah 1/139-140]

Dan perkara lain yang kita ambil faedah dari kisah diatas bahwasanya Ibnu Mas’ud telah menempuh cara yang “syar’iyyah” (cara yang sesuai dengan agama) yang paling utama dalam merubah kemungkaran, tatkala ia mampu merubah kemungkaran dengan tangannya, maka iapun merubah kemungkaran dengan tangannya, ia pecahkan kendang dan ia hancurkan bejana minuman keras.
Sungguh pada diri Abdullah bin Mas’ud terdapat permisalan yang mengagumkan dalam keberanian dan maju membela kebenaran, serta dalam mengubah kemungkaran. Ia tidak takut celaan orang yang suka mencela, padahal ia sendirian dan orang yang dilarang daripada kemungkaran lebih dari satu, sebagaimana nampak dalam konteks cerita. Ditambah lagi padahal Abdullah bin Mas’ud adalah seorang yang pendek dan kurus (semoga Allah meridhai beliau).

Akan tetapi kerana Abdullah bin Mas’ud adalah seorang yang mengagungkan undang-undang-undang-undang dan syiar-syiar agama Allah, maka hal ini mewariskan sikap penghormatan dan pengagungan, dan sungguh benarlah Amr bin Abdul Qais ketika dia berkata: “Sesiapa yang takut kepada Allah, maka Allah menjadikan segala sesuatu takut kepadanya, dan barangsiapa yang tidak takut kepada Allah maka Allah akan menjadikannya takut terhadap segala sesuatu “[Sifatus Sofwah 3 / 208]

Dan dengan perbuatan Abdullah bin Mas’ud yang merubah kemungkaran dengan tangannya, kita akan mendapati seberapa besar belas kasih darinya dan seberapa besar kesempurnaan kelembutan dan nasihatnya kepada Dzaadzan. Kerana tatkala Dzaadzan mendatanginya dalam keadaan bertaubat, dia pun menghadapi dan memeluk Dzaadzan, lalu menangis lantaran gembira dengan taubat Dzaadzan. Dan Abdullah bin Mas’ud menghormatinya dengan ungkapan yang paling indah: “Selamat datang orang yang dicintai Allah”.

Sebagaimana firman Allah di penghujung ayat 222 di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud,
……Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri” [Surah Al-Baqarah: Ayat 222]


Bukan itu sahaja, bahkan Ibnu Mas’ud mempersilakan duduk dan mendekatkannya, dan menghidangkan kurma untuknya.

Demikianlah, ahli sunnah mengetahui kebenaran dan berdakwah kepada kebenaran, ahli sunnah sayang terhadap mahluk dan menasihati mereka.

Sebagaimana kita lihat dari kisah tadi bagaimana cerdas dan pintarnya Abdullah bin Mas’ud [Berkata Imam Dzahabi: Sesungguhnya Ibnu Mas'ud dianggap ulama yang cerdas, Lihat Siyar 'Alamun Nubala 1 / 462] Lihatlah bagaimana Dzaadzan bertaubat. Kerana sesungguhnya Dzaadzan adalah seorang penyanyi yang bagus suaranya, maka berkatalah Ibnu Mas’ud kepadanya: “Kalaulah yang terdengar dari suaramu yang bagus adalah Al-Quran itu, maka engkau adalah engkau … engkau”. Dalam riwayat lain Ibnu Mas’ud berkata: “Alangkah bagusnya suara ini! kalau seandainya ia membaca Al-Quran tentullah lebih baik “.

Sesungguhnya pengarahan yang lurus terdapat pada persiapan-persiapan dan kemampuan-kemampuan, dan meletakkannya pada tempatnya sesuai dengan syari’at ditambah lagi dengan memperhatikan tabiat jiwa manusia. Dan pengetahuan terhadap perasaannnya adalah penopang yang penting untuk kejayaan dakwah, kerana sesungguhnya jiwa itu tidak akan meninggalkan sesuatu melainkan digantikan dengan sesuatu yang lain, maka haruslah memperhatikan pengganti yang sesuai dan inilah yang difahami oleh Abdullah bin Mas’ud dan meninggalkannya pemahaman ini oleh banyak manusia lain.

Ibnu Taimiyah berkata: “Agama Islam menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran, tidak akan tegak salah satunya melainkan dengan yang lain, maka janganlah seseorang melarang kemungkaran kecuali hendaknya ia juga menyuruh kebaikan dan menyingkirkan kemungakaran, sebagaimana ia menyuruh beribadah kepada Allah dan juga melarang dari beribadah kepada Allah dan juga melarang beribadah kepada selain-Nya, di mana perkara tertinggi adalah bersaksi bahwasanya tiada sesembahan yang berhak disembah melainkan Allah dan jiwa itu diciptakan untuk beramal, bukan untuk meningalkan, dan hanyalah meninggalkan itu tujuan yang lain “[Iqtidho sirotol Mustaqim 2 / 617]

Inilah fenomena yang mulia dari dakwah Salafush Shalih, dan dalam kitab-kitab yang menjelaskan biografi salafush shalih banyak dijumpai kisah-kisah yang indah (dalam kehidupan mereka), sesiapa ingin mengambil contoh, maka hendaklah mengambil contoh orang yang sudah meninggal dunia (para sahabat nabi) , kerana orang yang masih hidup tidak selamat darinya fitnah.



sumber dari: alhikmahsj.com