Wednesday, 4 June 2014

golongan orang-orang yang syukur







Dijelaskan...

Allah bersumpah dengan perkataan 'Kuda' dari ayat 1 sehinga ayat yang ke 5 dalam surah ini. Kuda yang tercunggap-cungap... Ibarat kehidupan manusia yang dalam hidup sehari-hari sering tercungap-cungap dalam mengejar duniawi. Keadaan manusia ini Allah samakan dengan kuda yang berlari kencang hingga cetuskan percikan api. Manusia diumpamakan hidup berkerja tanpa kenal penat dan lelah hingga sampai tahap boleh membinasakan tubuh badan sendiri. Kalau kuda hasilkan percikan api semasa berlari, manusia pula ibaratnya tinggalkan kesan di atas jalan dari kesan tayar bilamana kereta di-brek mengejut selepas memecut 140km/jam.

Dari surah ini, Allah nak ingatkan kita bahawa... ramai manusia yang kufur dengan nikmat yang Allah beri. Bermula dari nikmat Islam, nikmat iman, nikmat kesihatan, keluarga, harta benda dan macam2 nikmat lagi yang tak mampu kita tanggung. Berlebih2 nikmat itu sampai ada antara kita yang membazir, campak begitu saja dan kadang-kala tidak begitu menghiraukan sangat tentang nikmat itu. Anggap hanya satu kebiasaan bila mata dapat kembali melihat sinar pagi selepas dimatikan dalam tidur di malam hari. Tak timbul di kepala bahawa udara yang disedut dalam tarikan nafas itu adalah hasil dari kurnia Allah buat kita seisi alam. Dalam bab ibadah pula, seringkali rasa liat untuk bersegera bangun buat... tapi kalau dalam bab mencari harta dunia nescaya manusia akan berlumba-lumba walaupun dalam keadaan diri yang tak berapa sihat.

Ustaz mengajak kita semua agar bermuhasabah diri.... apakah kita termasuk dalam golongan orang-orang yang syukur dengan nikmat Allah atau kita termasuk dalam golongan yang kufur dengan nikmat Allah Taala. Adakah kita selalu bersegera untuk sahut seruan Azan.. terus berhenti buat apa jua pekerjaan di saat2 azan berkumandang. Adakah kita menjawab azan? Adakah kita terus bangun bersiap2 untuk tunaikan solat berjemaah di surau/masjid (satu tuntutan buat kaum lelaki)? Atau sebaliknya... kita tak rasa ianya satu keperluan untuk bersegera melakukannya?

Jika tak bersegera maknanya kita rasa meeting dengan boss di ofis lagi penting, meeting dengan client lagi penting sebab semua itu mendatangkan RM buat kita. Sebaliknya meeting dengan Allah, tak de nak cepat2 sebab tak nampak ganjarannya sekarang... tak rasa Allah sedang perhati... belum nampak akan azab api neraka... tu pasal...

Harta-benda dunia boleh membuat fikiran kita terluput dari mengingati Allah. Keinginan terhadap mencari harta dan wang ringgit, cinta yang amat sangat sehingga lebih jadikan ia satu prioriti dalam urusan harian... berbanding kecintaan untuk bersegera dalam menunaikan perintah Allah SWT. Kecintaan ini seringkali membuat manusia begitu asyik dan terleka sehingga lupa akan dosa serta pahala.

Oleh itu melalui surah ini, Allah nak gambarkan betapa manusia ini bersifat seakan-akan kuda yang sangat tamak. Maka insafilah diri kita agar tidak tersasar mencari harta dunia sebegitu rupa sehingga melalaikan perintah Allah. Jauhi diri kita dari terlalu cinta dunia. Apa yang ada dalam hati samada zahir, batin dan yang menjadi rahsia, semua akan dibongkar di hadapan Allah kelak. Allah akan memberi pembalasan atas setiap sesuatu. Sama2 insafi diri... Wallahu'alam.



sumber dari: matahati-mama.blogspot.com/

1 comment:

  1. Casino Game For Sale by Hoyle - Filmfile Europe
    › casino-games › casino-games › casino-games › casino-games Casino Game for 승인전화없는 토토사이트 비코리아 sale by Hoyle on Filmfile Europe. Free shipping bet365 for most countries, no download required. 토토사이트 대여 샤오미 Check the deals air jordan 18 retro men blue cheap we make jordan 18 white royal blue have.

    ReplyDelete