Tazkirah minggu ini adalah dari ayat dari surah Al-Hadid, 57 ayat 22 hingga 24. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (22)
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(23)
Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina) dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (24)
Point penting dari ayat2 ini ialah:
1. Percaya kepada Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak azali lagi
2. Janganlah kita bersedih dan jangan kita terlalu bergembira (sombong dan bangga)
Percaya kepada Qada dan Qadar adalah salah satu dari rukun Iman. Aku rasa semua orang Islam dah tahu tentang perkara ini. Kita pecaya bahawa setiap perkara yang berlaku adalah ketetapan dari Allah SWT dan manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan dari Allah SWT. Kalau kita dah percaya dengan Qada dan Qadar maka tak payah la rasa sedih sangat, atau rasa happy sangat dengan sesuatu perkara itu.
3. Jangan bakhil/kikir/kedekut
Ayat ini juga menerangkan supaya kita jangan bakhil/kikir/kedekut. Dan juga jangan menyuruh orang untuk bakhil. kalau kita tengok hari ini ramai diantara kita yang kedekut. Ingatlah, kalau kita kaya tu, Allah yang bagi kita kaya. Tak payah la nak kedekut sangat. Kalau kita jumpa orang yang dalam kesusahan, kita tolong lah orang tu. Mungkin suatu hari nanti kita pula yang susah kan. Hidup ni kadang2 macam roda. Kadang2 diatas, kadang2 dibawah. Semuanya sudah ditetapkan Allah SWT.
Cuba bayangkan kalau kita yang susah dan takdak orang nak tolong kita.
Sedih kan?
sumber dari: adinordin.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment