Wednesday, 4 June 2014

AL-HAQQAH & AL-QARIAH





C360_2013-03-20-12-11-37 (1)


Semalam pulang dari usrah, saya cuba refleksi semula apa yang telah saya pelajari.
Rasa gerun datang menyapa, sebab saya sedar saya ini hamba yang cukup lemah.
Hubungan baik dengan Allah belum menjadikan saya hamba yang baik, kalau saya gagal berhubung dengan manusia dengan baik.
Kalau di hari pembalasan, kita dapat buku amalan dengan tangan kiri, kita tak ada turning back, neraka jahannam lah tempat dituju.
Allah, aku mahu menerimanya dengan tangan kanan. Sayangi aku ya Allah.
Sebab tu kalau kita tengok surah al-Haqqah dan Al-Qariah, 3 ayat pertamanya sama. I mean sama maksud dan tafsirannya. al-Haqqah dan al-Qariah itu sendiri sudah membawa maksud hari Qiamat. Sangat menakutkan bila Allah cuba tekankan ayat itu berbunyi, Hari Qiamat. Apakah Hari Qiamat? Dan tahukah kamu apakah hari Qiamat itu? Masya Allah sungguh menggerunkan kalau kita fikir. Allah cuba berbicara bahawa Hari QIamat itu adalah hari yang sangat besar, dan persediaan ke arahnya juga kepalang besar. Mmerlukan sebuah pengorbanan yang sangat besar juga.
Kalau fikir semula, 24jam yang saya ada tidak pernah cukup. Kerja semakin banyak dan masa semakin sedikit. Tapi, dalam graf kehidupan saya, saya sedar bahawa kelapangan masa saya semakin luas bila saya sibukkan diri dengan Allah, be it terlibat dengan kerja dakwah, istiqomah berdating dengan Alah setiap malam dan apa2 saja yang matlamatnya jelas kerana Allah.
Seolah-olah Allah menghadiahkan masa yang luas, barakah, boleh manage masa walaupun dalam keadaan yang menekan. Kerana itu sebagai wanita, saya selalu ada sedikit perasaan gusar, setiap kali diberi ‘cuti’ oleh Allah, kerana rutin akan sedikit lari, perlu di’tune’ semula. Akan ada fasa kemalas-malasan dan futur. Which is itu semua alasankan. i know, bad me.

Semoga Allah memeliharaku.



sumber dari: banatly.com/

No comments:

Post a Comment