assalammualaikum, salam jumaat yang berkat...
hari ni, minggu ni masih lagi memikirkan khasiat besi macam aku tengok dalam muzium kat Melaka hari tu. ada salah satu pameran tu cerita pasal meteor dan khasiatnya. betul ke tu meteor? entah, aku bukan chemist yang boleh bagi pengesahan itu meteor or bukan kan. yang pasti emas putih bertatahkan meteor ratus-ratus satu. mahu sama harga dengan emas. tak sanggup pulak aku nak beli.
cara promoter batu meteor adalah menceritakan Surah Al-Hadid, surah yang ke-57 dalam Al-Quran. bila aku semak dalam tafsir ni. ada dua ayat mengenai besi yang telah diwahyukan oleh Allah pada ayat ke 26 dan ayat yang ke 27. honestly, pasal ayat ni aku kena carik ustaz untuk terangkan. kat sini aku share mana-mana ayat yang berkaitan dengan penciptaan besi menurut Kalam Allah ni.
TERJEMAHAN AYAT:
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan Rasul-Rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menurunkan besi dengan keadaan yang demikian mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah bagi manusia (dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah SWT tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah SWT serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya), sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa [25]
daripada beberapa website yang aku baca, ada beberapa pendapat pentafsir Al-Quran berkenaan dengan ayat "Kami turunkan besi" yang dalam bahasa disebutkan "Kami turunkan besi" kerana asal-usul besi adalah daripada langit yang diturunkan dalam bentuk meteor atau komet untuk jatuh ke bumi.
macam yang kita belajar dalam sains dulu-dulu, sistem bumi adalah sistem yang tidak ada kandungan besi, besi merupakan elemen yang terhasil dari pecahan bintang di angkasa dalam kejadian supernova. semakin hampir dengan Bumi, graviti yang kuat pada Bumi menarik meteor untuk masuk ke ruang langit bumi dan jatuh ke darat. yup, di situ galian dan besi dijumpai.
dalam ayat itu jugak diterangkan bahawa besi "mengandungi kekuatan yang handal" seperti bahan-bahan yang kite guna pada masa kini untuk menjalankan kehidupan seharian. ayat ni jugak memberi perintah supaya menggunakan kekuatan besi untuk perkara-perkara yang baik kerana hanya Allah SWT yang berkuasa di aras seseuatu.
kita jugak tahu dari azali, yang besi memberi kekuatan dari segi ilmu persenjataan dan ilmu mempertahankan diri. maka Allah SWT telah berfirman supaya ilmu besi atau persenjataan ni digunakan untuk mempertahankan agama Allah SWT kerana sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Kuasa dari besi tersebut.
sampai sini dulu perkongsian hari jumaat untuk minggu ni, assalammualaikum...
sumber dari: pari2cumel.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment