Saturday, 7 June 2014

Tsunami menurut AQ







Topik ini adalah antara topik yang menarik dikupas dengan terperinci. Adakah terdapat ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang tsunami. Perkara ini terdapat di dalam dua ayat sahaja, yang mana ia adalah saling berhubung kait antara satu sama lain. Firman Allah s.w.t :

1. Al-Takwir : 6 (Makkiyyah)

Maksudnya : Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur.

2. Al-Infitar : 3 (Makkiyyah)

Maksudnya : Dan apabila lautan pecah bercampur-baur.

Apabila kita mencari lafaz al-Bihar di dalam al-Quran, kita hanya menjumpai ayat-ayat ini sahaja. Ayat-ayat ini adalah gambaran tentang keadaan pada Hari Kiamat apabila tiupan sangkakala dibunyikan. Apabila kita menghayati dan meneliti ayat-ayat di dalam surah ini, ia akan menggerunkan kita akan keadaan Kiamat.

Di dalam surah al-Infitar ayat 3 ini, Imam Fakhr al-Din al-Razi menjelaskan bahawa ia membawa kepada beberapa pengertian.

Pertama, ia menunjukkan bahawa laut-laut pada ketika itu meletup dengan meleraikan sempadan-sempadan yang wujud di antara laut-laut tersebut yang diciptakan Allah s.w.t. Laut-laut itu bersatu kerana sudah tiada sempadan lagi antaranya, kemudian berlaku goncangan dan gempa bumi untuk menghancurkan alam ini.
Kedua, pada asalnya air laut berada dalam keadaan tenang, dan apabila menjadi pecah menyebabkan ia akan meletup dan air-air laut mengalir dalam keadaan tidak teratur. Ketiga, laut-laut tersebut akan berubah keadaannya, samada rupa asalnya dan ciri-cirinya.

Ayat-ayat ini menggambarkan bagaimana proses kehancuran alam ini yang berlaku pada laut-laut di dunia. Bermula dari surah al-Takwir ayat 3 kemudian surah al-Infitar ayat 6. ‘Abdullah Yusuf ‘Ali menterjemahkan al-Takwir ayat 3 adalah “When the ocean boil over with a swell” yang bermaksud “Dan apabila lautan meledak dan memecah dengan satu gelombang besar,” dan al-Infitar ayat 3 dengan “When the Ocean are suffered to burst forth,” yang bermaksud “Dan apabila lautan mengalami tekanan untuk meledak keluar.”

Daripada ayat-ayat ini, ia menggambarkan bahawa keadaan laut yang bergelombang tidak terkawal dan mengganas memusnahkan alam ini. Ia menggambarkan bahawa Tsunami yang paling besar akan berlaku. Tsunami berlaku disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar laut atau kejadian-kejadian lain yang besar di dalam atau di atas bentuk bumi dasar laut. Di samping itu Tsunami juga boleh berlaku disebabkan pertembungan kosmik seperti meteorit yang boleh mengganggu kestabilan laut itu sendiri. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak. Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu).

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; (al-Takwir : 1-3 & 6)

Daripada ayat-ayat di atas, ia menggambarkan punca berlaku Tsunami ganas ini berlaku adalah mungkin disebabkan oleh perlanggaran kosmik apabila bintang-bintang berguguran sepertimana dalam surah al-Takwir ayat 2 di atas. Begitu juga di dalam surah al-Infitar, firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; (al-Infitar : 1-3)

Apabila diperhatikan pada ayat di atas, menunjukkan bahawa mungkin Tsunami yang besar ini berlaku disebabkan bintang-bintang berguguran menghempas bumi dengan begitu kuat sehingga membuakkan lautan dan menimbulkan gelombang yang besar seterusnya menghancurkan muka bumi yang didiami manusia.

‘Abdullah Yusuf ‘Ali menterjemahkan fujjirot sebagai “suffer to burst forth” yang memberi makna Tsunami yang akan berlaku akan mendapat tekanan yang amat kuat seterusnya meletup keluar dan terus menghala ke hadapan (forth) dan mengkucar-kacirkan kestabilan laut dan di situlah saat kehancuran dunia yang menggerunkan.

Gambaran-gambaran berkenaan Kiamat yang pasti berlaku banyak diterangkan oleh al-Quran, ia memberikan kita peringatan agar kita sentiasa bersedia menghadapinya dengan bekalan taqwa kepada Allah s.w.t dan itulah sebaik-baik bekalan.



sumber dari: arriesfamily.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment