1) SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan
membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.
Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit
mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk
mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari
iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2) SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu
itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung
Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh
Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis
riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam
kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan
pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala
baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan
dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan.
Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan
Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik,
Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan
terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3) SURAH AD-DUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4) SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan
membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan
merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan
beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14
kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan
rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu
bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah
Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum.
Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan
rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan
ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan
umurnya.
5) SURAH AL-KHAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah
ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya
termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali
juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat
melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6) SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti
membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh
dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan
(Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati
dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7) SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai
fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan
membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang
mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah,
akan terselamat dari azab kubur..
8) SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda,
Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu
tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami
ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.”
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w.
sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali
sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ”
Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
“Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan
rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara
rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah
Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya
dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan
kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9) SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap
malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan,
kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena
penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah
Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7
hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan
manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan
manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10) SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an.
Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam
surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan
surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon
perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari
golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang
hati
11) SURAH AL-KAHFI
Kita digalakkan untuk membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Rasulullah SAW juga telah mengajar kita supaya berlindung dengan
Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Baginda SAW mengajar
satu doa untuk dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum salam setiap kali
kita sembahyang.
Doa itu adalah : “Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau
daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah
dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung
dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal.
sumber dari: wansite.blogspot.com
No comments:
Post a Comment