Salah
satu surah yang diturunkan oleh Allah s.w.t untuk ‘menghibur dan
menenangkan jiwa’ Nabi Muhammad s.a.w daripada hinaan ejekan kaum
musyrik adalah surah al-Kauthar. Kaum musyrik mengejek bahawa ajaran
Nabi Muhammad s.a.w akan terputus kerana menganggap Nabi Muhammad tidak
mempunyai keturunan. Oleh hal demikian itu, Allah s.w.t menurunkan surah
al-Kauthar untuk membantah pemikiran salah kaum musyrik. Surah
al-Kauthar termasuk surah al-Makkiyyah (surah yang ayatnya diturunkan di
Mekah). Dilihat daripada urutannya di dalam al-Quran, maka surah
al-Kauthar adalah surah ke-108, sesudah surah al-Maa’un. Ditinjau
daripada urutan wahyu yang diturunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad
s.a.w, maka surah al-Kauthar merupakan wahyu ke-14 setelah surah
al-’Aadiyat.
Penamaan
surah al-Kauthar berasal daripada bunyi akhir ayat pertama surah itu,
“al-kauthar” ada beberapa pendapat yang mengemukakan tentang makna kata
itu. Makna yang pertama yang sangat popular adalah sungai di syurga.
Makna itu menggambarkan kenikmatan yang akan diperoleh kelak oleh
orang-orang yang beriman. Makna kedua adalah keturunan Nabi Muhammad
s.a.w. Adapun makna yang ketiga adalah nikmat atau kurnia yang banyak,
Banyak ulama yang berpegang pada makna yang terakhir itu kerana
pengertian yang ketiga dianggap sudah mencakupi kedua-dua pengertian
sebelumnya.
Surah
Al-Kauthar mengandungi ajaran tentang kewajipan bersyukur atas nikmat
yang telah dilimpahkan Allah s.w.t. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t biasa
dilakukan dengan cara beribadah seperti solat dari berkorban. Di samping
itu surah ini juga berisi peringatan kepada orang-orang yang suka
membenci. Allah s.w.t akan memutus rahmat-Nya, baik di dunia mahupun di
akhirat. Dalam surah ini terkandung isyarat bahawa Nabi Muhammad s.a.w
akan memiliki pengikut yang banyak sampai hari kiamat.
Pada
masa Nabi Muhammad s.a.w, para pengubah syair sangat banyak. Mereka
sering kali mencuba untuk menyaingi wahyu Allah s.w.t yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Salah seorang di antara mereka adalah
Musailamah. Dia pernah mengubah sSyair yang mirip dengan surah
al-Kauthar. Isi syair gubahannya ialah: “Sesungguhnya kami menganugerahkan kepadamu permata-permata. Maka solatlah kepada tuhanmu dan nyatakanlah.”
Namun,
apa yang telah dilakukan itu telah mendapat cemuhan. Masyarakat Islam
pada masa itu menganggap syair gubahan itu sangat buruk. Keinginan untuk
menyaingi al-Quran gagal. Bahkan tidak dapat menandingi surah yang
terpendek sekalipun, seperti al-Kauthar. Ini merupakan salah satu bukti
bahawa kebenaran al-Quran tidak mungkin disaingi oleh sesiapa pun,
meskipun satu surah sekalipun (rujuk surah al-Baqarah: 23)
Surah
al-Kauthar merupakan surah terpendek dalam al-Quran, iaitu terdiri di
atas tuga (3) ayat, Para ulama berpendapat bahawa surah itu merupakan
tentangan terhadap orang-orang yang ragu terhadap kebenaran al-Quran dan
mencabar mereka untuk menyusun surah seperti itu.
Dalam
ayat pertama surah al-Kauthar, kata “kauthar” yang ditafsirkan oleh
para sufi sebagai sumber mata air samawi yang suci. Dalam air ini
terdapat kurnia dan hikmah yang tidak terbatas, rahmat dan segala
kebaikan, kebenaran, kearifan, kekuatan rohani, dan wawasan yang
mendalam yang telah diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan semua hamba
Allah s.w.t, baik lelaki mahupun perempuan yang ikhlas. Menurut para
sufi, sumber mata air merupakan perumpamaan hikmah menghilangkan rasa
dahaga rohani manusia yang haus akan hal itu.
sumber dari: ummatanwasatan.net
No comments:
Post a Comment