Terdapat pelbagai lagi
makanan di syurga yang tidak tergambar di minda kita. Siapa yang
berpeluang berada di Jannah maka beruntung lah ia.
Sungai dari Arak, Madu dan Susu
Firman Allah Ta’ala yang
bermaksud: “Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang
bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air
yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang
tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi
orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang
suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan,
serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal
kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti
orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air
yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah
tentu tidak sama)!” (Surah Muhammad 47:15)
Salsabila: Air Mata di dalam Syurga.
Firman Allah Ta’ala yang
bermaksud: “Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya
sebagai “Salsabil”.” (Surah Al-Insaan 76:18)
Nikmat yang berbeza akan dirasa bagi setiap penghuni syurga dan neraka.
sumber dari: bicarasantai.com
No comments:
Post a Comment