Monday 23 September 2013

tenteranya yang zalim






Seperkara lagi adalah disebutkan dalam al-Quran bahawa firaun sering dikaitkan dengan tenteranya yang zalim. Antaranya:
“Dan berlaku angkuhlah firaun dan bala tenteranya di bumi (Mesir) tanpa ada alasan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami (Allah).” (Surah al-Qasas, 28: 39)
Menurut kajian, firaun mempunyai sejumlah tentera yang terlatih, profesional, taat, kuat dan berhasil mengalahkan musuh-musuh terutama di kalangan bangsa lain pada zaman tersebut. Presiden Amerika, Bush dan tenteranya mirip benar akan firaun zaman silam. Bush dengan sewenang-wenangnya menjadikan tenteranya sebagai ejen terror yang berkuasa menundukkan sesiapa sahaja yang menongkah arus kejinya. Islam dan umatnya menjadi sasaran dengan alasan menghapuskan gerakan terorisme global. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh, motif penjajahan atas umat Islam selama hampir 10 tahun adalah untuk kepentingan yang lain.


sumber dari: saifaiislami.blogspot.com

No comments:

Post a Comment