Saturday, 10 May 2014

TAFSIR AYAT 5- 7 SURAH AL-TARIQ





                                          keadaan sperma - yang berjaya menuju ovum hanya satu sahaja,itulah kita.

فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ (5)
خُلِقَ مِنْ مَاءِ دأفِقٍ (6)
يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ (7)

5. (setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan.
6. ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim) -
7. Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

TAFSIR AYAT SECARA TERPERINCI :

Manusia wajib berfikir tentag bagaimana permulaan penciptaannya suapaya dia ketahui kudrat Allah SWT untuk mengadakan apa yang selain dari itu,iaitu kebangkitan semula.Manusia dicipta dari air yang terpancut dan terpancar ke dalam rahim,iaitu yang terdiri dari air mani lelaki dan perempuan yang kemudian disatukan pensenyawaan .Ia adalah air yang keluar dari tulang belakang lelaki melalui saluran saraf tertentu yang berhubung dengan otak dan air yang keluar dari antara tulang dada wanita atau tempat kalung pada dadanya.Seseorang bayi terbentuk dari percampuran dua jenis air yang seterusnya menempati rahim dan akhirnya membentuk janin dengan kehendak Allah swt.FirmanNya ayat 5 suarah al-hajj yang bermaksud: dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya.”

JUARA

Mengikut kajian kejadian manusia apabila lelaki memnacut air mani ke dalam rahim wanita maka di dalam air mani itu mengandungi 250 juta sperma yang dibebaskan untuk menuju ke ovum yang satu.Maka jadi perlumbaan dan persaingan yang hebat,dan terpaksa menempuhi beberapa rintangan untuk sampai ke ovum itu,rintangan pertama yang mesti dilalui oeh sperma itu ialah dipangkal rahim,kerana disana ada cecair berasid,mana sperma yang lemah ia akan terbunuh,hanya 40 juta sperma sahaja yang berjaya melepasi rintangan ini,Setelah 40 juta sperma yang berjaya melepasi halangan di pangkal rahim,sperma itu terpaksa melalui beberapa halangan lagi,ada yang berjaya melalui halangan , kebanyakkannya kecundang dalam perjalanan ke tiub Fallopio .Daripada 40 juta sperma itu hanya 100 sperma yang berjaya.dalam 100 sperma yang berjaya sampai ke ovum dengan izin Allah hanya satu sperma sahaja yang berjaya menerobos masuk ke dalam sel ovum dan penyatuan belaku. satu yang berjaya itulah kita.Kita adalah juara, oleh itu jagalah nama baik juara,bersempena dengan bulan Ramadan yang Mubarak ini maka tunaikan ibadat puasa dengan sebaiknya, jangan langgar perintah Allah , ingat kita juara, juara mesti jaga nama baik,jangan sia – siakan atas nama “JUARA” .



sumber dari: sautulhaq.blogspot.com

No comments:

Post a Comment