Thursday, 15 May 2014

Ayat-ayat Penyembuh Al Quran







Dengan nama ALLAH sebagai pemula kata. Pada hari ni pak cik akan berkongsi dengan korang dengan lebih banyak lagi apakah ayat ayat penyembuh yang berada di dalam Al Quran. Umumnya, kita tahu bukan yang al quran adalah Syifa, dan disinilah kita akan korek apakah ayat ayat syifa yang ada di dalam al Quran.

Mukjizat al Quran itu terlalu luas. Ayat ayat penyembuh ini sendiri adalah cabang dalam mukjizat al Quran, Seharusnya kita sebagai hamba perlu merasai kemukjizatan ini sendiri supaya bertambah iman, bertambah soleh dan bertambah takwa.

Itulah pasal orang kafir sangat takut kepada orang Islam yang memegang al Quran secara seratus peratus. Mereka tahu bahawa, Islam mampu mendominasi dunia dengan al Quran. Jadi, pak cik teruslah untuk berkongsi apakah antara ayat ayat al Quran yang telah dijadikan sebagai tatacara penawar penyakit.
  1. Surah Isra ayat 40 hingga 55 boleh digunakan untuk mengubati penyakit jantung berlubang
  2. Surah Al Buruj ayat 1 hingga 22 boleh digunakan untuk mengubati penyakit ulser perut
  3. Ayat ayat dalam surah Maryam dan Surah Anbiyaa kebanyakan digunakan untuk mengubati penyakit penyakit perempuan.
  4. Ayat ayat dalam surah Al Anfal pula boleh bertindak sebagai antibiotik, yang mana sakit yang berkaitan dengan kuman boleh diubati dengan ayat ini
  5. Surah Qaf ayat 16 hingga 45 boleh digunakan untuk mengubati penyakit berkaitan tulang seperti slip disc, fractured dan sebagainya.
Alhamdulillah, semoga dengan perkongsian mengenai ayat ayat penyembuh al Quran ini mampu memberi manfaat kepada semua yang terlibat. Sekian.



sumber dari: berkatrezeki.com/blog/

No comments:

Post a Comment