Rasulullah saw bercerita, “Pada hari qiamat, Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tersebut akan bertekuk lutut. Pada hari itu, orang yang pertama akan dipanggil ialah orang yang mengerti al-qur’an, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga orang yang kaya.
“Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti al-qur’an, ‘Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang aku turunkan kepada utusan-Ku?’
“Orang itu menjawab, ‘Benar ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang.’
“Allah berfirman, ‘Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai qari dan qariah.’
“Lalu datang orang yang kedua (mati fisabilillah), dan Allah bertanya. ‘Kenapa kamu terbunuh?’
“Jawab orang iru. ‘Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu.’
“Allah berfirman, ‘Dusta! Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut. Malaikat juga berkata demikian.’
“Kemudian datang orang ketiga (orng kaya) dan ditanya oleh Allah swt, ‘Apa yang kamu perbuat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?’
“Orang itu menjawab, ‘Aku gunakan untuk membantu kaum keluargaku dan juga untuk bersedekah.’
“Lantas Allah berkata, ‘Dusta! Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenal dengan sebutan begitu. Malaikat juga berkata demikian.’
“Rasulullah saw menerangkan bahawa ketiga-tiga inilah golongan peretama yang akan bibakar dalam api neraka.”
Walaupun tanpa nas shahih yang dijadikan bahan rujukan dari kedua-dua kisah ini, ternyata ia sungguh membuka mata kita buat pedoman dan mesti dijadikan iktibar. Kerana kebanyakannya atau lumrahnya makhluk tuhan (jenis orang), segala perbuatan yang mereka amalkan selalunya ingin mendapat perhatian umum dan minta namanya disanjung, bertujuan mengenalkan kepada semua bahawa siapa mereka ini – ulama’, dermawan, pahlawan, guru dan lain-lain yang canggih-canggih di mata masyarakat.
Padahal apa yang mereka lakukan semua itu adalah kebaikan demi kabaikan yang sangat digalakkan sebagai umat Islam. Cuma di dalam hati mereka mempunyai satu persaan yang amat halus dan tidak dapat dihidu oleh orang lain. Tetapi tidak kepada DIA, YANG MAHA MENGETAHUI. Sehingga Rasulullah saw sendiri berasa lebih khuatir akan perkara ini menimpa umatnya.
Sesuai dengan ayat quraan dalam Surat Annisa, 4:142
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”
Ayat quraan surah: Surat Az-Zalzalah, 99:6-8
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Hadith Rasulullah saw,
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah keluar bersama kami, sementara kami sedang berbincang-bincang tentang dahsyatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Maka beliau bersabda, “Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang sesuatu yang lebih aku khawatirkan menimpa diri kalian daripada Al-Masih Ad-Dajjal?” Kami menjawab, “Tentu.” Beliau bersabda, “Syirik yang tersembunyi, yaitu seseorang mengerjakan shalat lalu dia membaguskan shalatnya karena ada seseorang yang memperhatikannya.” (HR. Ibnu Majah)
sumber dari: bintangzohra.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment