Thursday, 15 May 2014

Penawar Sakit Mata





InFiNitY


Semasa saya solat di Masjid Zahir, Alor Star pada waktu solat Jumaat, satu fenomena sunnah yang praktikal menggamit perhatian saya.

Selepas Sheikh Ali mengajar kitab; azan berkumandang. Apabila muazzin melaungkan 'Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah', kesemua jemaah membacakan sesuatu, menghembuskan ke kedua-dua ibu jari yang didekatkan dan kemudiannya menyapu ibu jari ke mata sebanyak 3 kali.

Perkara yang sama terjadi ketika saya masih menuntut di Syam AsSyariff (Syria sekarang). Sheikh-sheikh Arab dan 'Pak-Pak' Arab juga melakukan perkara yang sama.

Persoalannya:

Apa yang dibaca??? Saya dapatkan dari guru saya: rupa-rupanya amalan mencerahkan / menyihatkan mata...

Ayat yang dibaca adalah dari Surah Qaaf 50 ; Ayat 22:


22. (serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".



sumber dari: bliss-infinity.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment