Thursday, 15 May 2014

DOA RAWATAN MATA







Salam Kepada Pembaca,

N3 kali ini berkaitan rawatan untuk mata yang rabun jauh atau dekat. Kepada mereka yang mengidap kencing manis yang tinggi. mata juga boleh terjejas. Yang memakai kanta sentuh serta cermin mata dan yang mengambil ubat yang dosnya tinggi boleh mengakibatkan mata menjadi rabun. Penglihatan objek kelihatan kelabu dan mata berpinau terutama yang mengadap komputer untuk jangkamasa yang lama.

Untuk pengalaman captain pada hari Isnin dan rabu yang lepas semasa berada di klinik Mata, Hospital Besar Ipoh. Kebanyakan pesakit adalah warga emas yang terpaksa beratur dan menunggu berjam-jam lamanya. Captain membawa anak ke klinik mata tersebut kerana untuk pemeriksaan mata. Untuk mendapatkan pemeriksaan mata di klinik kerajaan sangatlah mencabar kerana terpaksa menunggu lama kerana setiap pemeriksaan untuk seorang pesakit sahaja memakan masa sehingga 30 minit. Bayangkan jika anda giliran yang ke 20?? Jika anda komplen lambat serta sudah lama menunggu kepada "Staff Nurse" yang bertugas. Inilah jawapan mereka "NAK CEPAT PERGILAH KLINIK SWASTA".  

InsyaAllah, Setiap penyakit itu ada ubatnya. Berusahalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Qaf, ayat 22.

Cara-caranya:

Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblend. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.


Maksudnya:

Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Wasallam.



sumber dari: resepirahsiaku.com/

No comments:

Post a Comment