Friday 10 January 2014

sesi post-mortem






1. Usia muda, usia yang sesuai untuk belajar:

Cuba kita tengok balik, bila tukang sihir tuh dah tua, dia suruh raja cari orang muda, bukannya orang tua untuk mempelajari sihir. Ini kerana semasa muda, tenaga kita masih kuat, otak pun masih berligat lagi, dan senang dibentuk. Sejak zaman dahulu lagi semua orang sedar betapa pentingnya generasi muda dalam memimpin masa depan. Anak muda yang bersuara lebih ditakuti dari seorang tua yang bersuara. Sejarah pun telah membuktikan betapa medan Tiannamien menjadi saksi keberanian para pemuda China dan Revolusi Iran menyaksikan golongan pemuda yang teguh menumbangkan rejim Shah Iran.
Dalam al-Quran juga diceritakan keberanian pemuda Ashabul Kahfi dan yang paling utama adalah kemenangan Islam pada zaman Rasulullah saw dahulu juga dipelopori oleh para pemuda Islam. Jadi manfaat dan hargailah masa muda anda.

2. Raja tak berkuasa pun, mengharapkan bantuan ahli sihir dan askarnya:


Masa zaman Nabi Musa pun, firaun mengharapkan bantuan ahli sihir untuk bertanding dengan Nabi Musa menunjukkan firaun perlukan bantuan dari orang lain dan tidaklah berkuasa seperti yang diperkatakan. (for more info pasal Nabi Musa dan firaun boleh tengok surah Al-a'Raf ayat 103-171).


3.Ajaran rahib lagi menarik dari ajaran tukang sihir:


Ini kerana, Ghulam akan pergi jumpa rahib semasa pergi dan pulang dari tempat tukang sihir. ( Rahib punya majlis diantara rumah Ghulam dan tempat tukang sihir. ) maksudnya, dia pergi tempat tukang sihir sekali, tapi pergi majlis rahib 2 kali (pergi dan balik dari tempat tukang sihir).

4.Ghulam yakin dengan ajaran rahib dari ajaran tukang sihir:


Ada satu pengajaran besar yang perlu diambil iktibar bersama ketika Ghulam berdoa sebelum membunuh binatang tersebut. Iaitu perhatikan ayat pemuda tersebut ketika berdoa. Si Ghulam berdoa dengan nama Allah, meminta dengan nama Allah, bermakna dia yakin akan kebenaran terhadap ajaran rahib dan bukannya kebenaran ahli sihir. Dia tahu kalau dia berdoa dengan nama tukang sihir, dia akan mati kena makan dengan binatang tuh sebab dia tahu yang ajaran tukang sihir  itu tidak benar.


5.Menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah:


Ghulam telah diberikan kelebihan padanya untuk mengubati pelbagai penyakit. Di samping berubat, pemuda itu berdakwah. Inilah keistimewaan pekerjaan seorang doktor. Dakwah lebih mudah disampaikan kepada orang sakit. Kerana disitu kepercayaan paling tinggi diberikan kepada doktor. Saat itu, semua yang diberitahu oleh doktor adalah benar pada kaca mata pesakit. Ini dibuktikan apabila pemuda dapat mengubati penyakit sahabat kepada raja. Akhirnya kalimah tauhid dapat diserapkan ke dalam hati sahabat raja tersebut.

Ini juga memberi pengajaran kepada kita, dalam bidang apa pun kewajipan dakwah itu ada. Tidak semestinya menjadi ustaz baru kita menyebarkan Islam. Tetapi Islam itu disebarkan mengikut kemampuan kita. Tahap kefahaman kita terhadap Islam. Asalkan kita sudah asas yang baik, maka tidak ada masalah untuk menyebarkan risalah Islam.
Kalau menjadi ustaz yang hanya menumpukan ceramah di surau dan di masjid, sudah tentu yang dapat manfaatnya adalah mereka yang pergi ke surau dan masjid sahaja yang rata-ratanya memang sudah baik. Tetapi kalau menjadi jurutera Islam, peguam Islam, akauntan Islam, peniaga Islam, doktor Islam, penyair Islam dan sebagainya sudah tentu kita dapat menampung mekanisma dakwah yang lompang yang tidak dapat diisi oleh para ustaz yang terhad dengan masjid dan suraunya sahaja. 
Apa yang penting adalah kita menggunakan kelebihan kita untuk berdakwah macam guna suara yang merdu untuk mengingati Allah cam Maher Zain.Gunakan kelebihan bercakap banyak untuk menceritakan kehebatan Islam.

6.Tidak takut kerana tahu ada tanggungjawab yang besar:


Walaupun dia telah diancam bunuh oleh raja ( dibawa ke gunung dan laut ) dan selamat dari ancaman tersebut, Ghulam tetap berani pergi berjumpa balik dengan raja kerana dia tahu dia ada tanggungjawab yang besar iaitu untuk berdakwah kepada penduduk dan raja tersebut. Kalau kita mungkin dah lari jauh-jauh dari raja nih. huhuhu...

7.Raja tak bunuh ghulam:


Raja tuh tak bunuh terus Ghulam seperti dia bunuh si rahib dan pembesar. Ini kerana ghulam hanyalah seorang budak. Cuba bayang kalau time kita, pembesar menghukum budak kecil macam orang dewasa, bukankah nampak kejam ? 

8.Bayi pun dibunuh oleh raja:


Di sini membawa peringatan kepada kita bahawa wanita dan anak kecil juga sama-sama menyumbang terhadap dakwah Islam. Walaupun barangkali mereka tidak duduk di barisan hadapan, tetapi pahala yang diperolehi adalah sama seperti kaum lelaki yang lain. Islam sentiasa menggalakkan umatnya menyumbangkan tenaganya mengikut kemampuan yang ada.

Peristiwa ini juga menunjukkan betapa kejamnya para pendokong kebatilan. Bayi dan kaum wanita juga dibunuh seperti kaum lelaki. Tetapi Islam, dalam peperangan hanya tentera musuh sahaja yang perlu dibunuh dan orang tua, kanak-kanak serta wanita adalah antara yang perlu dilindung.
Kalau kita tengok sekarang pun, ramai orang mati kena bunuh kat Palestin sebab diorang beriman kepada Allah S.W.T. Benarlah kata Allah S.W.T di dalam surah Al-Buruj tadi (8-9) :

Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.


9.Kalau dah nampak kebenaran, usah tangguh lagi:


Selepas kematian pemuda tersebut, ada riwayat yang menyebut sehingga 70 000 orang mati dibakar kerana yakin dengan ajarannya. Satu jumlah yang besar untuk zaman tersebut. Berbondong-bondong manusia beriman kepada Allah walaupun mereka tahu mereka akan dibakar kelak.
Ini adalah satu pengajaran yang menyuruh kita kalau sudah nampak kebenaran di hadapan mata, maka janganlah bertangguh dan memberi alasan lagi. Usah menjadi seperti orang-orang Yahudi, golongan munafik dan musyrikin yang memohon kepada Nabi saw agar menunjukkan kebenaran baginda. Namun setelah mukjizat ditunjukkan, majoriti mereka menuduh Nabi saw menggunakan sihir dan sebagainya. Hanya sebahagian kecil sahaja yang beriman setelah ditunjukkan mukjizat. Sikap tidak mahu menerima kebenaran setelah diberikan keterangan yang nyata bukanlah sifat seorang Muslim.


10. Surah Al-Buruj adalah surah Makiyyah:

Surah al-Buruj adalah surah Makiyyah. Zaman sebelum Islam memerintah. Justeru terlalu banyak cubaan yang diterima oleh Nabi dan para Sahabat. Justeru, Nabi saw setelah ditenangkan oleh Allah swt, baginda menenangkan para Sahabat bahawa penentangan yang berlaku di Mekah adalah lumrah bagi mereka yang menyeru kepada jalan kebenaran. Lalu diceritakan kisah ini agar para Sahabat bertambah yakin dan istiqamah di menyampaikan risalah Islam.



sumber dari: thingsiliketosharewithu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment