Istisqa’
bermaksud meminta siraman air. Istisqa’ juga bermakna doa meminta
hujan kepada Allah S.W.T dengan cara yang tertentu seperti berdoa
ketika khutbah Jumaat, berdoa setelah selesai solat, doa secara
sendirian (tanpa solat atau khutbah) dan mengerjakan solat
Istisqa’. Oleh itu solat sunat Istisqa’ adalah solat yang
dikerjakan secara spesifik untuk memohon kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala agar menurunkan hujan di saat terjadinya musim kemarau.
Kejadian kemarau ini merupakan salah satu tanda kemurkaan Allah
Subhanahu wa Ta’ala sebagai balasan terhadap hamba-hamba-Nya
yang tidak menurut perintah-Nya. Sebagai contohnya telah
diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu’ anh bahawa
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
...وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا
بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ
مِنْ السَّمَاءِ...
…Dan tidak akan ada suatu kaum
yang mengurangi sukatan dan timbangan kecuali Allah akan mencabut
nikmat-Nya dan menjadikan penguasa zalim memerintah mereka. Tidak
ada orang yang menahan zakat daripaa harta-harta mereka kecuali
Allah akan menahan turunnya titisan air dari langit…
– Hadis riwayat Ibnu Majah
dalam Sunannya, Kitab al-Fitan, no: 4009
Justeru itu Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umatnya agar
mengerjakan solat Istisqa’, memperbanyakan doa serta
istighfar (memohon keampunan) agar Allah Subhanahu wa Ta’ala
akan menurunkan hujan dan mengembalikan nikmat rezeki kepada para
hamba-Nya. Hukum solat Istisqa’ ini adalah sunat dan tidak
wujud satu dalilpun yang mewajibkannya.
Bacaan Dalam Solat
Istisqa’ Adalah Secara
Jahar (Kuat).
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي
فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا.
Maksudnya:
Daripada ‘Abbad bin Tamim
daripada pakciknya (‘Abdullah bin Zaid al-Mazini) dia berkata: Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam keluar bersama orang banyak untuk
mengerjakan solat Istisqa’. Baginda bersolat dua rakaat dan
menguatkan bacaan dalam kedua rakaat itu.
- Hadis Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 510.
Sebagaimana solat Hari Raya
dianjurkan juga untuk membaca surah
Qaf atau surah al-Qamar pada rakaat pertama dan bacaan
semasa rakaat kedua sama ada surah al-A’laa atau
al-Ghaasyiah.
sumber dari: hafizfirdaus.com
No comments:
Post a Comment