Sunday 16 March 2014

Puncak Gunung Yang Rata




Jika diperhatikan sebuah gunung yang tinggi, adakah terfikir gunung yang beribu-ribu tahun yang lampau ia mempunyai fungsi tersendiri? Siapa terfikir bahawa struktur bawah gunung tersebut sama dalamnya sebagaimana tinggi gunung tersebut?

Allah berfirman (maksud):
“Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)”
(Surah An-Naazi’aat, 79: Ayat 32)


Allah berfirman (maksud):
“Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya”(Surah An-Naba’, 78: Ayat 7)

Dan Allah berfiman juga berfirman (maksud):
“Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu…”
(Al-Quran, Surah An-Nahl, 16: Ayat 15)


Gunung menakjubkan ini seluas 31 kilometer persegi. Puncaknya yang rata ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Seolah-olah kita berada di sebuah kayangan kerana di kelilingi awan memutih. Gunung Roraima juga dikenali nama Tepi. Tepi bermaksud rumah tuhan.
Ia dinamakan oleh orang asli kaum Pemon yang menemuinya. Gunung ini terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan. Ia i terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.

Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Jom lihat lagi gambar menakjubkan ini.










sumber dari: http://www.nizarazu.com/puncak-gunung-yang-rata/

No comments:

Post a Comment